Ambil tindakan terhadap majikan langgar arahan kerja dari rumah, kata kesatuan


Alfian Z.M. Tahir

Terdapat majikan yang mengambil kesemoatan untuk memaksa pekerja bekerja lebih masa dari rumah dan memaksa pekerja hadir ke pejabat melebihi kapatisi yang ditetapkan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 22 Jun, 2021.

PUTRAJAYA perlu dedahkan tindakan yang diambil berhubung ratusan aduan daripada pekerja terhadap majikan mereka kerana didakwa melanggar arahan untuk bekerja dari rumah sepanjang tempoh sekatan pergerakan, kata kesatuan pekerja swasta terbesar di Malaysia kepada The Malaysian Insight.

Ini termasuk mengarahkan pekerja untuk bekerja lebih masa dari rumah atau memaksa mereka datang ke pejabat.

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) berkata Kementerian Sumber Manusia perlu menetapkan contoh yang jelas bagi mengelakkan eksploitasi pekerja dan untuk menangani pandemik Covid-19.

“Jangan hanya terima aduan tetapi ambil tindakan terhadap majikan yang ingkar. Perlu ada contoh.

“Kerajaan tidak boleh hanya terima aduan sahaja sepanjang masa. Mereka perlu bertindak,” kata penyandang jawatan presiden MTUC Abdul Halim Mansor.

Kedudukannya dalam kesatuan masih menunggu pilihan raya baru setelah keputusan untuk jawatan itu terikat tahun lalu. MTUC belum dapat mengadakan pilihan raya baru kerana perintah kawalan pergerakan.

Halim berkata Kementerian Sumber Manusia perlu menetapkan garis panduan yang jelas kepada majikan untuk mematuhi arahan bekerja dari rumah.

“Tetapkan dengan jelas kepada majikan apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dilakukan. Tidak semua pekerja tahu hak mereka, jadi penjelasan amat diperlukan,” katanya.

Awal bulan ini, kementerian berkenaan berkata pihaknya menerima 1,120 aduan terhadap majikan berhubung pelanggaran prosedur operasi standard dalam tempoh sekatan pergerakan.

Menterinya M Saravanan berkata antara aduan yang diterima adalah majikan memaksa pekerja melakukan kerja lebih masa. Ada juga yang memaksa pekerja hadir ke pejabat melebihi kapasiti yang ditetapkan di bawah SOP.

Bagi sektor swasta, SOP membenarkan 60% pekerja di premis dan 40% bekerja dari rumah, dengan pihak pengurusan memutuskan pekerja mana yang perlu berada di lapangan.

Aduan yang diterima adalah dalam tempoh 25 Mei hingga 3 Jun. Beberapa kawasan termasuk Selangor dan Kuala Lumpur sudah dikenakan perintah sekatan pergerakan sebelum ia dikuatkuasakan di seluruh negara (PKP3.0) yang berkuatkuasa 1 Jun.

Kes berkenaan masih berlaku walaupun pekerja tidak membuat aduan rasmi kerana takut dipecat. – 22 Jun, 2021.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen