23 kluster baharu Covid-19, majoriti di tempat kerja, kata KP kesihatan


Ragananthini Vethasalam

Sebanyak 17 daripada 23 kluster baharu Covid-19 dilaporkan hari ini ada kaitan dengan tempat kerja termasuk tapak pembinaan dan kilang. – Gambar fail The Malaysian Insight, 18 Jun, 2021.

SEBANYAK 17 daripada 23 kluster baharu Covid-19 dilaporkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini ada kaitan dengan tempat kerja.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata pihak berkuasa kesihatan juga mengesan empat kluster berkaitan jangkitan komuniti.

Tujuh belas kluster tempat kerja dilaporkan hari ini ialah:

1. Industri Jalan Waja 4, Kuala Langat, Selangor - 34 kes

2. Industri Jalan Hi-tech Tujuh, Hulu Langat dan Petaling, Selangor - 15 kes

3. Industri Bukit Serdang Tujuh, Petaling dan Hulu Langat, Selangor - 13 kes

4. Jalan Fauna Satu in Sepang, Selangor - 21 kes

5. Tapak pembinaan Desa Rawang, Selangor - 62 kes

6. Industri Jalan Jasmin di Hulu Selangor, Selangor - 25 kes

7. Industri Taming Lima di Hulu Langat, Selangor - 13 kes

8. Industri Agas Lima di Tangkak dan Muar, Johor - 8 kes

9. Jalan SILC Industri di Johor Baru, Johor - 13 kes

10. Tanjung A Empat di Johor Baru dan Pontian, Johor - 22 kes

11. Industri Ayer Keroh di Melaka Tengah dan Jasin, Melaka - 25 kes

12. Industri Jalan Mawar di Alor Gajah dan Melaka Tengah, Melaka - 47 kes

13. Jalan Abang Haji Openg di Kepong, Kuala Lumpur - 10 kes

14. Tapak pembinaan Air Panas, Titiwangsa, Kuala Lumpur - 176 kes

15. Jalan Sg Tapang di Kuching, Samarahan dan Asajaya di Sarawak - 31 kes

16. Pintas-Linkudau di Keningau dan Tambunan, Sabah - 10 kes

17. Jalan Bidor di Batang Pedang, Perak - 8 kes

Kluster tempat kerja yang dikesan ialah di kilang, syarikat perkhidmatan dan tapak pembinaan.

Sementara itu, empat kluster daripada jangkitan komuniti ialah di Kg Serikin (49 kes) di Bau dan Kuching, Sarawak di Bintulu, Sarawak, Jalan Padang Tembak Ayer Hitam (22 kes) di Pulau Pinang, Cabang Empat Salam (10 kes) di Pasir Mas dan Kota Baru, Kelantan dan Penjara Durian (18 kes) di Marang dan Hulu Terengganu, Terengganu.

Kluster lain ialah di Jalan 18/16A Petaling dengan 12 kes membabitkan penduduk berisiko tinggi iaitu pusat penjagaan warga emas, dan kluster pusat tahanan di Tembok Taiping dan Larut, Matang dan Selama, Perak melaporkan 327 kes.

Dr Noor Hisham berkada pada masa ini terdapat 810 kluster aktif di seluruh negara. – 18 Jun, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen