Afrika Selatan lanjutkan perintah berkurung


AFRIKA Selatan mengenakan sekatan pergerakan lebih ketat semalam dengan melanjutkan perintah berkurung apabila berdepan lonjakan jangkitan Covid-19 dalam tempoh dua minggu terakhir. – Gambar EPA, 16 Jun, 2021.

AFRIKA Selatan mengenakan sekatan pergerakan lebih ketat semalam dengan melanjutkan perintah berkurung dan mengehadkan penjualan alkohol apabila berdepan lonjakan jangkitan Covid-19 dalam tempoh dua minggu terakhir.

Negara yang paling teruk terjejas di benua itu menyaksikan angka harian kes baharu meningkat dua kali ganda dalam dua minggu terakhi, sementara kemasukan ke hospital meningkat hampir 60 peratus dalam tempoh yang sama.

Lonjakan itu muncul ketika Afrika Selatan berjuang untuk melancarkan program inokulasi.

Negara itu mengumumkan pada hujung lalu bahawa mereka akan menarik balik dua juta dos vaksin Johnson & Johnson berikutan masalah pencemaran di salah satu lokasi pembuat ubat Amerika Syarikat

“Gelombang jangkitan ketiga melanda kita. Kita harus mengekang gelombang jangkitan baharu ini,” kata Presiden Cyril Ramaphosa.

Tempoh masa sekatan pergerakan itu dilanjutkan dengan ditambah sejam lagi dan akan berlangsung dari jam 10 malam sehingga 4 pagi sementara restoran serta bar perlu ditutup sejam sebelumnya.

Penjualan alkohol secara runcit akan dihadkan pada waktu siang bermula dari Isnin hingga Khamis.

Perhimpunan awam terhad kepada maksimum 50 orang di dalam rumah dan 100 orang di luar rumah.

Afrika Selatan mencatatkan lebih 1.76 juta kes koronavirus sejak bermulanya wabak dengan 58,087 kematian.

Program vaksinasi bergerak perlahan dengan hanya kurang dua juta penduduk menerima dos, daripada populasi 59 juta orang.

Tetapi Ramaphosa yakin langkah itu akan meningkat apabila pembuat ubat terbesar di Afrika, Aspen Pharmacare yang mempunyai kontak untuk membungkus dos Johnson & Johnson di kilangnya di Gqeberha, berjanji meningkatkan produk.

Aspen pada Isnin mengumumkan akan menggantikan dua juta vaksin yang dibuang pada akhir Jun.

Afrika Selatan bertujuan memvaksinasi lebih dua pertiga penduduknya pada akhir tahun ini. – AFP, 16 Jun, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen