Darurat disalah guna, tidak bantu tangani pandemik, kata Anwar 


Chan Kok Leong

Presiden PKR Anwar Ibrahim menerusi amant khas hari ini membidas kerajaan Perikatan Nasional kerana kegagalan menangani pandemik Covid-19 dengan berkesan.– Gambar fail The Malaysian Insight, 6 Jun, 2021.

KERAJAAN Perikatan Nasional gagal dalam menangani pandemi Covid-19 dengan berkesan, kata Anwar Ibrahim.

Ketua Pembangkang berusia 73 tahun itu berkata pentadbiran Muhyiddin juga menyalahgunakan kuasa Darurat yang diperolehnya pada Januari dengan menahan pengkritik.

“Kuasa Darurat digunakan untuk mengugut dan menahan pengkritik kerajaan daripada membantu mereka yang memerlukan atau mempercepatkan proses vaksinasi,” katanya dalam amanat khas selepas Kongres PKR ke-15 hari ini ditangguhkan oleh pihak berkuasa.

“Malah mereka juga merasa cukup terancam dengan Kongres PKR secara maya, mahu batalkan selepas meluluskannya sebelum ini,” katanya berhubung kongres yang sepatutnya diadakan secara maya hari ini.

Presiden PKR itu kemudiannya turut menyentuh mengenai kesilapan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang mana pasukan khas kerajaan mengakui 
tersilap apabila menyatakan Selangor sudah menerima lebih 2.9 juta dos vaksin Covid-19 setakat 30 Mei lalu.

“Namun mereka tampaknya lebih peduli untuk menghukum antivaksin daripada fokus kepada 10-12 juta rakyat Malaysia yang akan divaksin,” kata Anwar.

“Berdasarkan angka-angka ini, kita tidak mungkin memvaksinasi setiap orang pada akhir tahun kecuali jika kerajaan membuka proses vaksinasi untuk membiarkan majikan memperoleh vaksin untuk pekerja mereka.”

Anwar turut mendesak kerajaan untuk menyelesaikan isu bantuan yang tidak memadai kepada golongan berpendapatan rendah semasa sekatan pergerakan penuh, dan data ekonomi yang membingungkan.

“Ia seolah-olah kerajaan dalam penafian terhadap pelaburan yang kira rugi,” kata ahli Parlimen Port Dickson. – 6 Jun, 2021.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen