Kempen Israel meyahudikan Baitulmaqdis terima amaran Suruhanjaya Islam-Kristian


Suruhanjaya itu telah mengutuk pihak berkuasa pendudukan Israel kerana telah mula melaksanakan satu pelan untuk membina jambatan pejalan kaki di pekan Silwan, yang terletak di selatan Masjid Al-Aqsa. – Gambar EPA, 11 Januari, 2018.

SURUHANJAYA Islam-Kristian yang menyokong Baitulmaqdis dan tempat-tempat suci memberi amaran kepada Israel berhubung kempen berterusan rejim itu untuk meyahudikan Baitulmaqdis serta menukar identiti Arab di bandar itu, lapor Agensi Berita Jordan (Petra).

Dalam satu kenyataan pada Khamis, suruhanjaya itu telah mengutuk pihak berkuasa pendudukan Israel kerana telah mula melaksanakan satu pelan untuk membina jambatan pejalan kaki di pekan Silwan, yang terletak di selatan Masjid Al-Aqsa.

Setiausaha Agung suruhanjaya itu, Hanna Issa, menggesa komuniti antarabangsa memberi perhatian kepada situasi berbahaya di bandar Baitulmaqdis yang diduduki rejim Israel, terutama di Masjid Al-Aqsa.

Beliau berkata kerja-kerja penggalian di Silwan dan di bawah Masjid Al-Aqsa baru-baru ini adalah sebahagian daripada rancangan yang lebih komprehensif Israel untuk mewujudkan “Greater Jerusalem.” – Bernama, 11 Januari, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen