Pendidik tekad tentang arahan junta Myanmar buka sekolah


Simbol jari penentangan terhadap keganasan junta Myanmar. Hari ini para pendidik di negara bergelut itu bersatu untuk tidak mengikut arahan tentera membuka sesi persekolahan. – Gambar EPA, 1 Jun, 2021.

SEKOLAH di Myanmar akan dibuka pada Selasa buat pertama kalinya sejak rampasan kuasa oleh tentera, namun sebagai langkah melawan, para guru dan pelajar akan menentang arahan junta untuk membuka sekolah.

Empat bulan kemelut nasional berlaku setelah penggulingan pemimpin awam Aung San Suu Kyi pada Februari, dengan lebih 800 orang dibunuh pasukan keselamatan selain mogok berterusan di seluruh negara sehingga melumpuhkan ekonomi.

Guru sekolah awam Myanmar terkenal dalam tunjuk perasaan besar-besaran itu, dengan bergabung bersama pekerja kereta api, doktor dan penjawat awam di jalanan.

Junta telah menegaskan sekolah perlu dibuka pada Selasa setelah setahun tidak dibuka kerana Covid-19, bagaimanapun ramai pendidik memutuskan mereka tidak dapat menjalankan tugas yang mereka sayangi itu.

“Saya tidak takut kena tangkap dan seksa oleh mereka,” kata Shwe Nadi, guru dari ibu kota komersial Yangon kepada AFP. Namanya telah ditukar demi keselamatannya.

“Saya tak mahu jadi guru yang ajar propaganda.”

Guru berusia 28 tahun itu dipecat kerana menyokong gerakan awam - salah satu dari ribuan guru dan ahli akademik yang dipecat oleh junta.

“Tentu saja, saya rasa bersalah hilang kerja sebab saya suka jadi guru. Walaupun berpendapatan tidak tinggi, kami bangga jadi guru sebab orang lain hormat kami,” katanya.

Nu May, bukan nama sebenar, dari selatan Mon juga akan mengelakkan diri, katanya kepada AFP.

Guru sekolah rendah itu kehilangan gajinya sejak berbulan-bulan setelah menyertai boikot di seluruh negara, namun mengatakan “jiwa aku suci” memandangkan beliau mengambil bahagian dalam mogok tersebut.

“Bila saya nampak mereka bnunuh ramai orang, saya sudah tak rasa lagi untuk jadi guru di bawah pemerinahan mereka,” tambahnya.

Sebahagian mereka yang terbunuh dalam tindakan berdarah junta itu adalah di usia sekolah rendah.

Badan amal Save the Children berkata, jumlah maut itu termasuk 15 kanak-kanak bawah 16 tahun. – AFP, 1 Jun, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen