Negara kaya monopoli bekalan vaksin, kata WHO


Ragananthini Vethasalam

Malaysia dijangka terima 3.52 dos vaksin pada bulan ini. Lebih 1.7 juta penduduk menerima suntikan pertama dan lebih 600,000 lagi melengkapkan dos kedua. – Gambar fail The Malaysian Insight, 10 Mei, 2021.

KETIDAKSAMAAN agihan vaksin Covid-19 di seluruh dunia amat jelas berlaku kerana 45% daripada 1.25 bilion dos diberikan kepada 49 negara berpendapatan tinggi tetapi hanya 0.3% diperoleh oleh 25 negara berpendapatan rendah.

Statistik menyedihkan ini didedahkan sendiri oleh Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus yang menyifatkan situasi ini sebagai kegagalan moral.

WHO membangkitkan isu ini sejak dalam peringkat pembangunan vaksin lagi tetapi masalah ini semakin berlanjutan selepas laporan menunjukkan 45% daripada 1.25 bilion dos vaksin diperoleh negara kaya dengan anggaran 16% populasi seluruh dunia.

Pada Jumaat lalu di Geneva,  Dr Ghebreyesus berkata hanya 0.3% dos vaksin dimiliki oleh 29 negara berpendapatan rendah atau 9% daripada populasi dunia.

Tegasnya, pemberian tidak sama rata ini tidak boleh diterima.

Di Malaysia, Menteri Penyelaras Program Immunisasi Kebangsaan Covid-19 Khairy Jamaluddin pada awal minggu lepas membangkitkan isu kekurangan vaksin untuk diberikan pada fasa ketiga.

Beliau menyifatkan situasi itu sebagai tidak adil kerana negara kaya dapat membeli vaksin antara tiga hingga lima kali ganda lebih daripada diperlukan oleh rakyat mereka.

Malaysia dijangka menerima 3.52 dos vaksin pada bulan ini. Lebih 1.7 juta penduduk negara ini telah menerima suntikan pertama dan lebih 600,000 lagi melengkapkan dos kedua.

Putrajaya berkata kerajaan menempah lebih 60 juta dos vaksin yang sepatutnya mencukupi menampung 110% populasi tetapi perlu menunggu bekalan perubatan itu tiba.

Rantaian bekalan global berdepan pelbagai cabaran termasuk sikap negara mementingkan diri, ketidakadilan dan kekurangan bekalan kerana pengeluar menghadapi masalah kekurangan bahan mentah,

Pengeluar juga cuba meningkatkan kapasiti untuk menghasilkan vaksin secara besar-besaran untuk memenuhi permintaan yang belum pernah terjadi sebelum ini.

Ghebreyesus sebelum  ini berkata sikap pentingkan negara sendiri hanya akan melanjutkan tempoh pandemik, kemelut ekonomi, larangan pergerakan dan perdagangan dan meningkatkan risiko kewujudan varian baharu virus itu.

“Buat masa ini, bekalan vaksin di seluruh dunia amat terhad.

“Kita mampunya etika, berjuang menentang wabak dan memulihkan ekonomi bagi membekalkan vaksin secara adil,” katanya. – 10 Mei, 2021.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen