Umat Islam di Sarawak reda sekali lagi sambut 'raya pandemik'


Desmond Davidson

Kali terakhir Emma Ali dan keluarga menyambut Hari Raya di kampung adalah pada 2019. – Gambar The Malaysain Insight, 1 Mei, 2021.

HARI Raya Aidilfitri hanya tinggal lebih seminggu lagi namun umat Islam yang akan menyambut perayaan itu bulan depan terpaksa menerima hakikat untuk menyambut perayaan “sama seperti tahun lalu”, tanpa perayaan besar.

Umat Islam di Sarawak memberitahu The Malaysian Insight bahawa kes baharu Covid-19 di negeri ini mencatatkan tiga angka dan memerlukan keajaiban untuk angka tersebut menurun dalam dua minggu akan datang.

Jurutera awam Abang Mohamad Moasili bagaimanapun berdoa agar keadaan menjadi semakin baik.

Datuk berusia 63 tahun ini berharap agar solat sunat Aidilfitri dapat dibenarkan dan peraturan aktiviti kunjung-mengunjung dapat dilonggarkan.

“Saya akan sangat gembira jika itu terjadi,” katanya.

Dengan pergerakan yang dikawal oleh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan pelbagai prosedur operasi standard (SOP) untuk dipatuhi, Abang Mohamad berkata dia menolak untuk mengulangi sambutan Hari Raya Aidilfitri seperti tahun lepas – bekerja di rumah dengan tidak tahu pergi ke mana-mana.

Buat pertama kali dalam hidupnya, Abang Mohamad tidak mengadakan rumah terbuka.

Dia bahkan tidak mengunjungi adik-beradiknya dan ahli keluarga terdekat disebabkan larangan kunjung-mengunjung yang dikuatkuasakan.

“Itu adalah perasaan yang sangat-sangat berbeza,” katanya.

Abang Mohamad hanya menziarahi ibunya yang tinggal bersama abangnya bagi menunaikan tanggungjawab. Itu hanya dilakukan pada hari raya kelima.

Abang Mohamad merupakan anak lelaki sulung dalam keluarganya namun adik-adiknya tidak mengunjunginya kerana bimbang melanggar SOP.

“Ia sangat suram,” katanya.

Walau apa pun keadaannya tahun ini, Abang Mohamad memutuskan bahawa kesuraman Hari Raya tahun lepas akan dihapuskan.

Abang Mohamad berkata dia merancang mengunjungi ibunya pada hari raya pertama dan mengunjungi semua adik beradiknya “seperti yang selalu saya lakukan”.

Sarawak mencatatkan hampir 30,000 kes Covid-19 dengan lebih 170 kematian. Semalam negeri ini mencatatkan 522 kes daripada 65 kluster aktif.

Bagi Emma Ali, dia tidak mengulangi Hari Raya Aidilfitri tahun lepas yang tidak dapat dilupakan.

Hanya sebentar ke rumah jiran pada Hari Raya untuk makan seperti biasa.

“Itu sahaja,” kata pengawal trafik udara Lapangan Terbang Sibu.

“Saya mahu anak-anak merasai bagaimana pengalaman raya saya semasa kecil dahulu. Raya adalah untuk membuatkan kedua-dua anak lelaki saya tidak melupakan apa itu raya,” katanya.

Oleh kerana dia tidak dapat pulang ke kampungnya di Muar, Johor bersama keluarganya pada Hari Raya Aidilfitri tahun ini, Emma meminta dua anaknya Muhammad Akif Muqri, 8, dan Muhammad Abid Mukhlis,4, mengirim ucapan hari raya seperti zaman dahulu menerusi kad raya.

Kali terakhir Emma, suami dan anak-anaknya menyambut Hari Raya di kampung adalah pada 2019.

“Anak saya berusia 8 tahun rindu mahu berjumpa sepupunya, perjalanan pulang ke kampung dan mengumpul duit raya.

“Tahun lepas dia tidak dapat semua itu. Kedua-dua mereka asyik cakap mahu berjumpa sepupu mereka di Muar.

“Oleh itu saya siap sedia untuk mencipta semua semangat raya untuk mereka. Tentu sahaja yang sederhana.

“Ini semua bagi membuatkan anak-anak rasa apa itu perayaan atau sesuatu yang dekat dengan mereka,” katanya.

Sekiranya tidak ada larangan rentas negeri atau harus menjalani kuarantin 14 hari setelah kembali ke Sarawak, Emma berkata sudah pasti dia akan pulang ke kampung.

Katanya, tidak ada apa yang dapat mengalahkan suasana menyambut Hari Raya di kampung halaman. – 1 Mei, 2021.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen