Kit Siang: Cauvinis Cina atau patriot?


Chan Kok Leong

Walaupun petah mengeluarkan kenyataan dan mampu bercakap selama berjam-jam tentang politik, namun Lim Kit Siang sering mengunci mulut apabila ditanya tentang dirinya. – Gambar fail The Malaysian Insight, 19 April, 2021.

WARTAWAN lebih mengetahui bahawa Lim Kit Siang bukan pemimpin yang mudah untuk bercerita tentang dirinya apabila diwawancara.

Walaupun beliau petah mengeluarkan kenyataan dan mampu bercakap selama berjam-jam tentang politik, namun pemimpin berusia 80 tahun itu sering mengunci mulu apabila ditanya tentang dirinya.

Maka tidak hairanlah jika hanya terdapat sedikit maklumat tentang diri Lim ditulis walaupun ahli politik kelahiran Johor itu berkhidmat dalam DAP sejak 1965.

Tetapi ada usaha untuk menonjolkan kisah tentang Lim menerusi sebuah biografi bertajuk “Lim Kit Siang - Patriot, Leader, Fighter” yang ditulis oleh Senator Liew Chin Tong.

Buku itu akan dilancarkan pada bulan depan berkisarkan perjalanan politik Lim selama 55 tahun.

Ia hadir pada waktu getir untuk menangkis persepsi pengkritik DAP yang melable parti itu sebagai cauvinis dan ektremis.

Dengan pengalaman berkhidmat sebagai setiausaha politik Lim, Liew menggali maklumat bekas bosnya itu menerusi kombinasi temu bual bersama ahli keluarga dan rakan Lim, ucapan lama dan pandangan Liew terhadap mentornya itu.

“Buku ini akan menceritakan peristiwa bersejarah selama 55 tahun dengan kisah yang jarang diketahui dan pengalaman saya sendiri bersama Kit (Siang),” tulis Liew.

Dalam buku itu, Liew membawa pembaca menghayati perjalanan lebih lima dekad Lim bergerak bersama DAP bermula 1960-an sehingga 2020.

Dengan 10 bahagian di dalam buku itu, Liew mula menceritakan kisah Lim memasuki dunia politik dengan menjadi setiausaha politik kepada mendiang Devan Nair pada Disember 1965.

Dalam bahagian pertama, Lim dilihat sebagai lelaki muda yang mendapat inspirasi daripada pasca penjajahan dan lelaki yang mendedikasikan diri membesarkan empat orang anak.

Beliau mendapat pendidikan Inggeris dengan pengalaman menjadi wartawan dan menjadi wakil kesatuan sebelum mengambil keputusan menyertai politik.

Penulisan Liew seterusnya menumpukan perjalanan Lim dalam politik apabila mentornya itu menjadi ahli Parlimen Kota Melaka pada 1969, kisah penahanan di ISA pada 1969 dan 1987 sebelum pembentukan Pakatan Harapan pada 2017 untuk menamatkan 61 tahun pemerintahan Barisan Nasional. – 19 April, 2021.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen