Pesakit Covid-19 maut, bekalan oksigen putus di Romania


Dengan purata jangkitan 4,000 kes baharu setiap hari dan lebih 100 kematian, sistem penjagaan kesihatan Romania bergelut dalam menangani gelombang ketiga pandemik. – Gambar EPA, 13 April, 2021.

TIGA pesakit Covid-19 warga emas meninggal dunia semalam di unit rawatan rapi bergerak di Bucharest selepas berlaku kerosakan pada sistem bekalan oksigen, kata jabatan kecemasan (DSU).

“Alat bantuan pernafasan terhenti kerana paras oksigen meningkat melepasi had,” kata jabatan itu dalam satu kenyataan, menambah siasatan sedang dilakukan terhadap insiden itu.

Lima lagi pesakit dipindahkan ke hospital lain.

“Ia mungkin kemalangan, tetapi siasatan sudah dijalankan. Mereka yang bersalah akan dikenakan tindakan,” kata Perdana Menteri Florin Citu.

Pesakit yang meninggal dunia memang dalam keadaan kritikal dan akibat itu mengalami serangan jantung, kata doktor dari Hospital Victor Babes.

Dengan purata jangkitan 4,000 kes baharu setiap hari dan lebih 100 kematian, sistem penjagaan kesihatan Romania bergelut dalam menangani gelombang ketiga pandemik. – AFP, 13 April, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen