Jumlah kematian Covid-19 di Eropah lepasi angka 1 juta


Eropah melepasi angka sejuta kematian akibat koronavirus semalam, dan WHO memberi amaran jangkitan masih tinggi. – Gambar EPA, 13 April, 2021.

EROPAH melepasi angka sejuta kematian akibat koronavirus semalam, dan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) memberi amaran jangkitan masih tinggi walaupun usaha luas dilakukan untuk menghentikan penularan.

Jumlah kematian di 52 negara Eropah, mencecah sekurang-kurangnya 1,000,288 kes setakat petang semalam.

“Kita di titik kritikal pandemik pada masa ini,” kata ketua teknikal Covid-19 WHO Maria Van Kerkhove.

“Jangkaan ialah pandemik ini semakin berkembang. Ini bukan situasi yang diinginkan selepas 16 bulan pandemik berlangsung,” katanya.

Koronavirus membunuh lebih 2.9 juta orang setakat ini dengan kes jangkitan hampir 136 juta di seluruh dunia.

Tetapi dengan berita sedih di Eropah itu, rantau paling teruk terjejas – Britain mula melonggarkan sekatan buat pertama kalinya dalam tempoh berbulan-bulan ini, membolehkan rakyat Britain menikmati kebebasan dengan minum di pub dan pergi ke salun.

Perubahan itu menggambarkan negara yang cepat melaksanakna imunisasi meninggalkan negara miskin. – AFP, 13 April, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen