Vaksin Pfizer tak dapat cegah varian Afrika Selatan, kata kajian


Varian Afrika Selatan berupaya, sampai ke tahap tertentu, menembusi perlindungan oleh vaksin Pfizer-BioNTech, kata kajian di Israel. – Gambar EPA, 12 April, 2021.

VARIAN Covid-19 yang dikesan di Afrika Selatan berupaya ‘menembusi’ kekebalan vaksin yang dibangunkan Pfizer-BioNTech, menurut kajian di Israel semalam.

Bagaimanapun, seorang penyelidik berkata walaupun kajian mendapati varian Afrika Selatan (B.1.351) lebih mudah menjangkiti manusia, namun belum ada data menunjukkan adakah ia akan menyebabkan kesakitan serius kepada individu yang sudah divaksin.

Kajian yang dijalankan Universiti Tel Aviv dan firma penjagaan kesihatan terbesar Israel, Clalit, membandingkan 400 individu yang disahkan positif Covid-19 dan belum divaksin dengan 400 individu lain yang dijangkiti virus itu selepas menerima satu atau dua dos vaksin.

Menurut kajian yang sedang disemak oleh penyelidik Afrika Selatan itu, varian B.1.351 merangkumi kira-kira 1% daripada semua individu dijangkiti Covid-19 yang dikaji. 

“Kadar penyebaran (varian Afrika Selatan) 8 kali lebih pada 150 individu yang sudah divaksin sepenuhnya dan positif Covid-19 berbanding individu yang belum divaksin.

“Bermakna, walaupun kadar keberkesanan vaksin the Pfizer-BioNtech tinggi, ia mungkin tidak dapat memberi perlindungan terhadap varian B.1.351.

“Varian B.1.351 berupaya, sampai ke tahap tertentu, menembusi perlindungan vaksin,” kata salah seorang penyelidik, professor Adi Stern.

Beliau turut menekankan kajian hanya melibatkan sampel kecil individu yang dijangkiti varian B.1.351 kerana ia jarang dikesan di Israel. – AFP, 12 April, 2021.
 


 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen