Ribuan diarah pindah, banjir di Sydney


Jalan Oxford Falls ditutup akibat banjir di Northern Beaches di Sydney, Australia, semalam. – Gambar EPA, 21 Mac, 2021.

RIBUAN penduduk di luar pinggir bandar Sydney diarahkan berpindah hari ini, susulan pantai timur Australia terjejas teruk akibat hujan lebat dan banjir.

Perkhidmatan kecemasan mengeluarkan arahan itu untuk beberapa kawasan rendah di barat daya bandar itu, sehari selepas pihak berkuasa memberi amaran berkenaan kemungkinan banjir kilat yang membahayakan di negeri New South Wales.

Orang ramai mulai memenuhi pusat pemindahan di bandar bahagian utara Sydney itu apabila hujan lebat semalam, keadaan luar biasa bagi musim panas.

Di Taree, rakaman menunjukkan sebuah rumah terapung, dengan kira-kira 150 penduduk tidur di dewan orang ramai. – AFP, 21 Mac, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen