Bekas pemandu bebas dari tuduhan culik Pastor Koh


Panel siasatan awam membuat keputusan bahawa Pastor Raymond Koh yag hilang pada 2017 adalah mangsa kehilangan paksa.– Gambar fail The Malaysian Insight, 25 Februari, 2021.

BEKAS pemandu Uber sambilan yang dituduh menculik Pastor Raymond Koh pada 2017 dibebaskan oleh mahkamah majistret hari ini. 

Lam Chang Nam, 31, dibebaskan selepas pihak pendakwaan menggugurkan pertuduhan pada 8 Februari. 

Peguamnya Aaron Mark Pius memberitahu Malaysiakini majistret Nurshahirah Abdul Salim membenarkan anak guamnya dibebaskan awal bulan ini. 

“Pihak pendakwaan memberitahu mahkamah mereka tidak mahu meneruskan pertuduhan Seksyen 365, walaupun mereka sudah memanggil sembilan saksi. 

“Pembelaan berhujah bahwa beliau (Lam) perlu diberikan pembebasan sepenuhnya,” katanya.

Lam didakwa pada Mac 2017 kerana memeras anak lelaki Koh, Jonathan membayar RM30,000 bagi membebaskan bapanya. 

Pada 15 Januari, 2018 Lam didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya kerana menculik Koh.

Puis berkata mahkamah akan membuat keputusan berhubung satu lagi pertuduhan ugutan yang dihadapi anak guamnya apabila pendakwaan menutup kes.  – 25 Februari, 2021.

Berita penuh di sini.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen