Pakar ekonomi harap pelan imunisasi dapat pulihkan ekonomi


Bernard Saw

Program vaksinasi akan membantu mengembalikan keyakinan pasaran, yang seterusnya akan membantu ekonomi pulih dan meredakan kebimbangan pasaran. – Gambar fail The Malaysian Insight, 24 Februari, 2021.

JIKA Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan berjaya, ia akan mengembalikan keyakinan yang diperlukan untuk pemulihan ekonomi, kata para ahli ekonomi.

Bagaimanapun, mereka mengingatkan yang walaupun dengan imunisasi, rakyat dan sektor ekonomi masih tidak boleh mengendahkan prosedur operasi standard (SOP) untuk mencegah penularan virus.

Ia perlu terus diikuti bagi mencegah gelombang baharu pandemik.

Bagaimanapun imunisasi yang meluas akan memberi ruang kepada kerajaan  mengubah dasar fiskal negara kembali ke zaman pra-pandemik, kata Profesor Ekonomi Universiti Tunku Abdul Rahman Wong Chin Yoong.

Dasar fiskal akan dapat mengembalikan peningkatan perbelanjaan dan menjauhi rancangan berpaksikan seperti bantuan sekarang.

“Kerajaan dapat kembali berbelanja untuk pembangunan jangka panjang, dengan fokus pada peningkatan sistem dan reformasi cukai,” kata Wong.

Walaupun vaksinasi positif buat ekonomi, negara tidak boleh mengharapkan ia menamatkan semua masalah dengan segera. 

Program vaksinasi akan membantu mengembalikan keyakinan pasaran, yang seterusnya akan membantu ekonomi pulih dan meredakan kebimbangan pasaran. Paling penting, ketidakpastian yang melanda perniagaan akan tamat, tambahnya.

“Kebanyakan perkara boleh kembali kepada keadaan asal, walaupun mungkin tidak pulih sepenuhnya. Tetapi paling tidak, akan ada kepastian untuk rancangan dibuat. “

Pelancongan dan sektor berkaitan, yang merupakan antara mangsa terbesar pandemik, mungkin juga yang paling terakhir akan pulih, ramal Wong.

Sesetengah pemain dalam sektor ini, serta industri yang bergantung pada pergerakan transnasional dan antara negeri, mungkin tidak akan dapat pulih sepenuhnya seperti waktu sebelum pandemik kerana SOP melawan Covid-19 masih dijangka berlanjutan walaupun perjalanan antara negeri dibenarkan dan pelancongan dibuka kembali.

Pelan vaksinasi kebangsaan akan selesai pada Februari tahun hadapan, namun Wong percaya pemulihan ekonomi dapat dimulakan pada separuh kedua tahun ini setelah lebih ramai orang di negara ini divaksinasi pada Ogos.

Kira-kira 26.5 juta orang atau 80% penduduk disasar untuk vaksinasi, yang akan dilakukan dalam tiga tahap. Barisan hadapan akan pada fasa pertama dari sekarang hingga April; diikuti kumpulan berisiko tinggi dari April hingga Ogos, dan mereka yang berumur 18 tahun ke atas pada fasa terakhir selepas itu.

Pengarah eksekutif Pusat Penyelidikan Sosio Ekonomi (SERC) Lee Heng Guie berkata pelan vaksinasi akan meningkatkan sentimen pasaran dan memberi momentum pemulihan.

“Pemulihan di semua bidang bergantung pada kelancaran dan kecepatan pelan vaksinasi. Matlamat kita untuk mengimunisasi 80% penduduk tetapi kita juga perlu ingat cabaran buat mereka yang bertahan,” katanya mengenai program sukarela itu.

Kumpulan pertama bekalan vaksin Pfizer-BioNTech selamat tiba di Malaysia pada Ahad melalui penerbangan MH604 kendalian MABkargo Sdn Bhd. – Gambar EPA, 24 Februari, 2021.

Seperti Wong, Lee juga percaya prospek ekonomi ketika pelan vaksinasi berjalan, dan suku kedua akan menjadi petunjuk tentang pemulihan. Menjelang akhir suku kedua, negara akan memasuki pertengahan pelan kedua vaksin.

“Jika keputusan pada suku kedua tidak lebih baik daripada tahun lalu, mungkin akan ada masalah.

“Tahap pertumbuhan jatuh begitu banyak tahun lalu. Mustahil tahun ini tidak akan ada pemulihan. Itu hanya bergantung pada intensiti. Oleh itu, kita akan melihat pertumbuhan sebenar pada separuh kedua tahun ini dan suku kedua. “

Mengenai eksport komoditi, Lee percaya harga minyak sawit dan minyak mentah antarabangsa yang tinggi sekarang akan membantu prestasi eksport Malaysia.

Secara domestik, pemulihan akan bergantung pada penggunaan dan industri perkhidmatan, dan bukan hanya perkhidmatan di sektor pelancongan yang masih terhambat kerana larangan perjalanan antara negeri.

Membenarkan perjalanan antara negeri akan bergantung pada berapa ramai orang yang diberi vaksin dan bagaimana pelan imunisasi berlangsung, ramal Lee.

Kemudian barulah lebih selamat untuk membincangkan gelembung pelancongan dan jalan hijau dengan negara lain, tambahnya.

“Vaksinasi tidak bermaksud kamu boleh berehat. Kamu masih perlu pakai pelitup muka dan ikut syarat asas mencegah virus dari merebak.”

Wong juga mencadangkan pendekatan sasar ketika memvaksinasi mereka yang berumur 18 tahun ke atas pada fasa ketiga.

Pendekatan “first come, first served” dengan pendaftaran adalah agak pasif.

“Jika kita ingin membasmi virus dan mencegahnya dari merebak, kita perlu mempertimbangkan vaksinasi yang disasarkan dengan melihat kemungkinan tempat penyebaran virus, seperti tempat kerja, kilang dan pejabat.

“Pekerja di sini harus diimunisasi terlebih dahulu.” – 24 Februari, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen