Gempa gegar ibu kota Vanuatu


Pihak berkuasa berkata, gempa itu terjadi 90 kilometer dari barat kota pada kedalaman hanya 10 kilometer. – Gambar AFP, 16 Februari, 2021.

GEMPA kuat melanda Port Villa, ibu kota Vanuatu hari ini dengan saksi melaporkan gegaran ganas selain Kajian Geologi AS mengukur gempa itu berkekuatan 6.2 skala Ritcher di kawasan pantai Pasifik Selatan.

“Wow, sudah lama saya tak rasa pergerakan lateral yang sangat besar. Saya terkedu,” kata wartawan tempatan Dan McGarry melalui Twitter.

Pihak berkuasa berkata, gempa itu terjadi 90 kilometer dari barat kota pada kedalaman hanya 10 kilometer. 

Menurut pusat amaran Pasifik, tidak ada ancaman tsunami.

Ia disusuli oleh dua gempa dengan kekuatan 5.5 dan 5.7, namun tidak ada laporan mengenai kerosakan atau kecederaan setakat ini.

Minggu lalu gempa berskala 7.7 yang jauh lebih besar melanda wilayah itu, menyebabkan tsunami kecil, yang dirasakan jauh sehingga New Zealand. – AFP, 16 Februari, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen