PUTERA Harry dan isterinya Meghan Markle dijangka akan menimang cahaya mata kedua, kata jurucakap mereka kepada media British ketika pengumuman Hari Valentine pada Ahad.
Pasangan berkenaan turut menyiarkan gambar mereka di bawah sebatang pokok sambil tersenyum dan Markle, 39 menunjukkan tanda-tanda hamil.
“Kami boleh mengesahkan Archie akan menjadi abang tak lama lagi,” kata jurucakap berkenaan merujuk kepada anak lelaki pasangan itu.
Meghan dan Harry, 36, yang merupakan cucu kepada Ratu Elizabeth II meninggalkan keluarga diraja pada Mac tahun lalu dan kini menetap di California.
Berita itu susulan pendedahan Markle menerusi The New York Time pada November bahawa beliau mengalami keguguran pada Julai.
Jurucakap Istana Buckingham berkata: “Ratu, Duke Edinburgh, Putera Wales dan seluruh keluarga sangat gembira dan mengucap tahniah kepada mereka.”
Rakan kepada pasangan berkenaan Misan Harriman menulis di Twitter: “Meg, aku ada pada majlis perkahwinan kamu dan menyaksikan kisah cinta ini, dan sahabatku, aku berbesar hati melihat perkembangannya.”
Menurut laporan media pasangan berkenaan meninggalkan istana tahun lalu susulan daripada pertelingkahan Harry dan abangnya Putera William. – AFP, 15 Februari, 2021.
Komen