Media semakin agresif, kata Meghan Markle


Duchess of Sussex itu itu melahirkan puteranya Archie pada Mei selepas berkahwin dengan Putera Harry tahun lepas. – Gambar AFP, 19 Oktober, 2019.

MEGHAN Markle tugas sebagai ibu di bawah tumpuan media yang semakin agresif begitu mencabar.

Duchess of Sussex itu melahirkan puteranya Archie pada Mei selepas berkahwin dengan Putera Harry tahun lepas.

Tumpuan media terhadap Markle, 38, semakin agresif dengan kemunculan berita-berita mengenai hubungan keluarganya di Amerika yang bermasalah dan spekulasi keretakan dalam istana.

“Tidak ramai yang tanya kepada saya jika saya OK,” katanya ketika ditemu bual ITV semasa mengadakan lawatan ke Afrika Selatan bersama Harry baru-baru ini.

“Mana-mana wanita terutamanya apabila mengandung, akan jadi sangat lemah dan itu sangat mencabar. Kemudian apabila lahirkan anak, anda tahu sajalah.

“Dan terutama sekali wanita, semua ini terlalu banyak (dihadapi),” jelas Markle apabila ditanya tentang bagaimana beliau menyesuaikan diri.

Pasangan diraja itu pada bulan ini menyaman akhbar tabloid Mail on Suday kerana melanggar privasi dan Harry mengaitkan dengan situasi yang dihadapi ibunya, mendiang Puteri Diana.

Dalam temu bual bersama ITV itu juga, Harry berkata tragedi yang berlaku ke atas ibunya adalah luka yang tidak akan sembuh.

“...Setiap kali saya memandang kamera, saya terus teringat masa lalu,” katanya.

Duke of Sussex itu juga menyaman dua lagi akhbar tabloid kerana menggodam telefon. – AFP, 19 Oktober, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen