Trump buka Pejabat Bekas Presiden AS di Florida


Donald Trump semalam mengumumkan penubuhan Pejabat Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) bagi menjalankan tugasnya sebagai bekas presiden AS dan meneruskan agenda pentadbirannya di Florida. – Gambar EPA, 26 Januari, 2021.

DONALD Trump semalam mengumumkan penubuhan Pejabat Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) di Florida bagi meneruskan agenda pentadbirannya.

“Pejabat itu akan bertanggungjawab untuk menguruskan surat-menyurat, kenyataan umum, penampilan awam dan kegiatan rasmi Presiden Trump bagi memajukan kepentingan Amerika Syarikat serta menjalankan agenda pentadbiran Trump melalui sokongan, pengorganisasian dan aktiviti masyarakat,” menurut sebuah kenyataan.

Pejabat yang terletak di Palm Beach Country, Florida itu akan dikendalikan oleh kakitangan beliau sewaktu di Rumah Putih.

Sebelum meninggalkan pejabat di Rumah Putih, Trump bercakap dengan rakan sekerjanya mengenai pembentukan parti politik yang dikenali sebagai “Parti Patriot”, lapor Wall Street Journal. – Reuters, 26 Januari, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen