KUMPULAN militan Daesh pada Jumaat mengaku bertanggungjawab berhubung letupan bunuh diri berkembar di sebuah kawasan komersial di Baghdad pada Khamis yang mengorbankan lebih 30 nyawa.
Seorang pengebom itu mensasarkan sekumpulan pembeli dan pekerja di Tayaran Square Baghdad, dan pengebom kedua meletupkan bahan letupannya ketika orang ramai berkumpul untuk membantu mereka yang cedera.
Iraq mengisytiharkan Daesh berjaya ditumpaskan pada akhir 2017 tetapi rangkaian kecilnya terus beroperasi, di kawasan padang pasir negara itu. – AFP, 22 Januari, 2021.
Komen