PROVINSI Salahaddin di Iraq mengumumkan tiga hari tempoh berkabung bermula Ahad selepas serangan Daesh di wilayah itu selepas banyak kritikan terhadap kerajaan kerana gagal memerangi puak jihadis.
Pada Sabtu, letupan bom telah merosakkan kereta orang ramai di sebuah jalan terbuka kira-kira 200 kilometer di utara Baghdad, kata polis.
Ketika pasukan keselamatan tiba di tempat kejadian. Sekumpulan puak jihadis telah melepaskan tembakan ke arah mereka.
Serangan itu mengorbankan sekurang-kurangnya enam anggota keselamatan Iraq dan empat orang awam.
Tidak ada kenyataan rasmi dari kumpulan Daesh setakat ini. Namun gabenor dan polis mendakwa kumpulan itu bertanggungjawab di atas serangan tersebut.
Kerajaan Iraq memenangi pertempuran selama tiga tahun dengan puak itu bagi menawan semula sepertiga wilayah Iraq yang dikuasai Daesh.
Walaupun para jihadis tidak lagi memiliki pengaruh di Iraq. Beberapa kumpulan pengganas tetap melakukan serangan terhadap infrastruktur negara, terutama di kawasan gurun ibu negara itu.
Dua minggu, 11 orang terkorban dalam serangan Daesh di sebuah pos pemantauan di Al-Radwaniyah, Baghdad. Kawasan populasi Sunni di Iraq. – AFP, 22 November, 2020.
Komen