Pakar berbelah bahagi ujian Covid-19 kontak rapat bergejala sahaja


Ragananthini Vethasalam

Pesakit Covid-19 di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS). – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 18 Januari, 2021.

GOLONGAN pakar berbelah bahagi dengan langkah Kementerian Kesihatan (KKM) mengehadkan ujian Covid-19 hanya ke atas kontak rapat yang mengalami gejala.

Menurut pekeliling KKM bertarikah 13 Januari, ujian hanya akan dilakukan kepada pada individu bergejala yang telah dikenal pasti sebagai kontak rapat kes positif.

Sampel yang diambil akan berdasarkan ukuran kelompok, iaitu jumlah individu yang terdedah kepada kes positif.

Surat pekeliling tersebut menyebut memadai untuk mengambil 20 sampel sekiranya jumlah individu yang terdedah dalam sesuatu kelompok kurang daripada 50 orang.

“Sekiranya lebih 50 orang, 10% atau 30 sampel, mana yang lebih rendah sudah mencukupi.

“Sekiranya lebih 50 orang, 10% atau 30% sampel, mana yang lebih rendah sudah mencukupi,” katanya.

Bagaimanapun semua kontak rapat atau orang yang berada di bawah pengawasan yang diuji sebagai negatif masih perlu menjalani kuarantin sebanyak 10 hari. Ujian kedua tidak akan dilakukan pada hari ke-10.

Presiden Persatuan Pakar Kesihatan Awam Malaysia Dr Zainal Ariffin Omar memberitahu The Malaysian Insight bahawa pengesanan, ujian dan pengasingan kontak yang giat diperlukan untuk memutuskan rangkaian jangkitan dalam komuniti.

“Pengesanan, ujian dan pengasingan kontak adalah elemen penting untuk mengurangkan serta menghentikan penularan dalam komuniti,” katanya.

Beliau berkata tiada bukti saintifik untuk menyokong prosedur semakan KKM yang berkaitan dengan pengambilan sampel.

Sementara itu Pakar Epidemiologi Universiti Putra Malaysia Prof Dr Malina Osman berkata keputusan dilakukan itu bijak memandangkan keadaan kritikal yang sedang dihadapi oleh sektor kesihatan berikutan kes yang kian meningkat.

Kes asimtomatik juga kini diletakkan di bawah kuarantin di rumah dan dirawat kerana kekurangan katil di hospital serta pusat kuarantin dan rawatan berisiko rendah serta masalah logistik.

Mengulas hal ini Dr Malina berkata sistem penjagaan kesihatan sekarang perlu mengutamakan kes yang lebih kritikal.

“Kita perlu mempercayai doktor yang kini berjuang untuk merawat semua pesakit yang mengalami gejala. Kita tahu bahawa jumlahnya sekarang 15 kali lebih banyak berbanding jumlah tertinggi yang ada tahun lalu semaa PKP pertama,” katanya.

Dr Zainal berkata ini adalah langkah bijak seperti yang sudah dilakukan sebelum ini yang terbukti sudah berjaya.

Sementara itu Presiden Persatuan Perubatan Malaysia Dr Subramaniam Muniandy berkata ini sudah dilakukan di beberapa negara.

“Di beberapa negara misalnya di Eropah, pesakit tanpa gejala atau pesakit dengan gejala ringan Covid-19 dihantar pulang untuk diasingkan dan pulih,” katanya.

Negara-negara seperti Itali, Amerika Syarikat dan Filipina menempatkan pesakit tanpa gejala dan simptomatik ringan di bawah kuarantin di rumah.

“Namun sistem yang tepat dengan SOP terperinci perlu untuk menjaga pesakit, keselamatan dan pemantauan pesakit di bawah kuarantin di rumah,” katanya. – 18 Januari, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen