Kerajaan Hong Kong kecam AS sekat pegawainya


Penunjuk perasaan pro demokrasi berpakaian hitam berkumpul di kawasan kompleks kerajaan. – Gambar AFP, 16 Januari, 2021.

HONG Kong mengecam Amerika Syarikat (AS) atas sekatan terbaru terhadap enam pegawai pro-China dengan menyifatkan tindakan itu sebagai “tidak siuman, tidak tahu malu dan menghina”.

Semalam, AS mengumumkan bahawa ia akan mengenakan sekatan terhadap beberapa  pegawai, termasuk satu-satunya wakil Hong Kong atas penangkapan lebih 50 aktivis pro-demokrasi di pusat kewangan tersebut.

Dalam satu kenyataan, kerajaan Hong Kong berkata ia “sangat marah” dan mengecam “langkah-langkah yang dipaksakan” tersebut sebagai usaha terbaru Washington untuk campur tangan dalam urusan dalaman China dan menghalang usahanya untuk melindungi keamanan nasional.

Tahun lalu, China mengenakan undang-undang keselamatan di Hong Kong yang dianggap menekan setelah tunjuk perasaan yang kadang-kadang memercikkan keganasan sehingga undang-undang itu diambil kononnya bagi mengekalkan keamanan wilayah tersebut.

Sekurang-kurangnya 90 orang ditangkap di bawah undang-undang keselamatan tersebut dan hukuman penjara seumur hidup telah diambil bagi kesalahan yang dilihat oleh Beijing sebagai “percubaan memecah belahkan, subversif, dan membentuk kerjasama dengan negara asing dan kumpulan pengganas”.

Penangkapan besar-besaran terbaru di wilayah itu digambarkan oleh Setiausaha Negara AS Mike Pompeo sebagai “mengerikan”, kerana peguam hak asasi manusia kelahiran AS John Clancey, aktivis terkemuka Joshua Wong dan profesor undang-undang Benny Tai turut dikenakan tindakan oleh kerajaan. – 16 Januari, 2021.
 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen