Salah guna kuasa arah tentera buru pendatang, kata kumpulan hak asasi


MENGARAHKAN tentera memburu dan menangkap pendatang haram tanpa proses undang-undang adalah penyalahgunaan kuasa yang jelas, kata kumpulan hak migran Tenaganita.

Pengarah eksekutifnya Glorene A Das berkata semua undang-undang perlu dilaksanakan dalam semangat keadilan dan kesejahteraan umum.

“Kenyataan menteri kanan itu adalah pengakuan yang pihak imigresen dan penguatkuasa lain yang relevan tidak mampu menjaga sempadan kita dengan berkesan, dan oleh itu perlunya kuasa darurat.”

“Menggunakan darurat dan menggesa tentera memburu pendatang tanpa dokumen adalah penyalahgunaan kuasa.”

“Penguatkuasaan undang-undang, termasuk Undang-Undang Imigrasi harus dilaksanakan dengan semangat keadilan dan bonum commune (masyarakat ihsan) tidak menindas mereka yang tertindas dan menanamkan ketakutan di dalamnya dan menyebabkan mereka putus harapan,” kata Glorene.

Pada Khamis, Ismail Sabri berkata tentera kini memiliki kuasa menahan dan mengambil tindakan terhadap mereka yang didapati ingkar PKP.

Beliau berkata Ordinan Darurat memberikan kuasa yang serupa kepada polis dan tentera, yang akan membantu usaha menguruskan krisis Covid-19 dengan lebih baik.

Glorene kemudian berkata gesaan dibuat oleh Ismail Sabri membuktikan betapa rosaknya sistem imigrasi Malaysia hari ini dan bagaimana kerajaan terus berperanan dalam menyekat dan penggunaan senjata terhadap pekerja tanpa dokumen.

Beliau menambahIsmail Sabri berbahaya dan meluahkan pandangan xenofobik yang jelas. – 16 Januari, 2021.

Berita penuh di sini



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen