Pendatang diselamatkan di perairan Itali 


Kepulauan Lampedusa Itali sering menjadi lokasi tumpuan pendatang haram yang menaiki bot untuk menuju ke negara Eropah.– Gambar EPA, 20 Jun, 2020.

SEKUMPULAN pendatang haram diselamatkan di perairan kepulauan Lampedusa di Itali selepas tiada pihak berkuasa dari Itali mahu pun Malta mengambil pendekatan itu.

Kumpulan Mediterranea berkata seramai 67 orang pendatang haram diselamatkan menggunakan kapal Mare Ionio selepas bot yang dinaiki mereka mengalami kerosakan kira-kira 40 batu nautika (70 kilometer) di perairan Lampedusa.

“Tiada pihak berkuasa dari Itali mahupun Malta yang mengambil pendekatan untuk menyelamatkan mereka,” kata kumpulan berkenaan.

Menurut mereka, kesemua pendatang berkenaan dalam keadaan baik selepas beberapa hari berada di lautan dan tidak mempunyai bekalan air selama dua hari.

Pada Rabu, kapal German Sea Watch 3 menyelamatkan kira-kira 300 pendatang haram di perairan Libya. – AFP, 20 Jun, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen