Penduduk Taman Tun bengang rancangan projek ‘Rimba Kiara’


Ravin Palanisamy

Akaun Facebook promosi pembangunan kondominium baharu Residensi Rimba Kiara TTDI muncul pada tahun lalu. – Gambar Facebook, 15 Januari, 2021.

KEMUNCULAN satu laman di media sosial berkenaan pembangunan hartanah baharu, mempromosikan projek di kawasan Taman Rimba Kiara, di mana ia kini dalam proses di mahkamah, menarik perhatian persatuan penduduk.

Persatuan Penduduk Taman Tun Dr Ismail (TTDIRA) berkata ia menerima beberapa soalan berkenaan pembangunan berkenaan, di mana pemajunya masih tidak diketahui.

“TTDIRA tahu tentang kewujudan promosi itu di media sosial, sejak dua hari lalu, iaitu akaun di Facebook mempromosikan sebuah pembangunan kondominium dengan nama ‘Residensi Rimba Kiara TTDI’.

“Gambar yang dimuat naik di laman Facebook itu menunjukkan kawasan pembangunannya hampir dengan Taman Rimba Kiara (atau Taman Awam Bukit Kiara selepas ditukar namanya oleh DBKL).

“Akaun FB itu tidak menyatakan identiti pemaju projek itu dan tidak ada butiran lanjut tentang perintah pembangunan atau lesen jualan bagi pemasaran pembangunan itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada 2014 meluluskan pelan pembangunan sebahagian taman itu kepada pembinaan sembilan blok kondominium tinggi, selain rumah mampu milik, di bawah kerjasama antara Yayasan Wilayah Persekutuan dan Memang Perkasa Sdn Bhd, anak syarikat pemaju Malton Bhd.

Tengku Adnan Tengku Mansor daripada Barisan Nasional adalah menteri Wilayah Persekutuan pada masa itu, dan pelan berkenaan didakwa terbabit dengan rasuah.

TTDIRA, di bawah kumpulan Selamatkan Taman Rimba itu berkata projek berkenaan akan memusnahkan 10 hektar kawasan hijau Kuala Lumpur, selain menambah kesesakan lalu lintas di kawasan itu.

Penduduk pada masa ini memfailkan rayuan terhadap keputusan mahkamah rendah menolak permohonan mereka untuk mendapatkan semakan kehakiman mencabar kelulusan pembangunan itu. – 15 Januari, 2021.

Berita penuh di sini.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen