DBKL tetap sempadan tanah milik PBT di Taman Rimba Kiara, kata Annuar 


Noel Achariam

Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa ketika mengadakan lawatan ke Taman Rimba Kiara hari ini.– Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 30 Julai, 2020.

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menetapkan sempadan di tanah kawasan Taman Rimba Kiara yang merupakan milik pihak berkuasa tempatan, kata Annuar Musa.

Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata Yayasan Wilayah Persekutuan menyatakan DBKL akan meletakkan pagar sempadan berdasarkan dokumen status tanah yang dimiliki mereka.

“Bagaimanapun, sekiranya mereka mahu tetapkan sempadan di tanah berkenaan orang awam perlu dibenarkan untuk menggunakan taman,” katanya selepas mengadakan lawatan di Taman Rimba Kiara hari ini.

Annuar mengulas kenyataan Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh yang mengatakan kerja-kerja pembinaan tidak boleh dibenarkan di Taman Rimba Kiara kerana pembangunan di taman itu masih belum diputuskan mahkamah.

Beliau merujuk kepada sebahagian kawasan di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) yang diwartakan untuk pembangunan.

Terdapat video yang memaparkan kerja-kerja sedang dijalankan bersebelahan padang bola menunjukkan tiang besi berukuran 1.5 meter dipasang beberapa hari lalu.

Annuar memberi jaminan pihak DBKL tidak akan cuba menjalankan sebarang aktiviti pembinaan sehingga diputuskan mahkamah. – 30 Julai, 2020.

Berita penuh di sini. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen