Kekerapan tindak balas vaksin Pfizer lebih tinggi dari jangkaan


Terdapat enam kes alahan vaksin Covid-19 dilaporkan ketika kali terakhir ketua penasihat saintifik Operation Warp Speed dimaklumkan tentang tindak balas alahan pada Selasa lepas. – Gambar EPA, 24 Disember, 2020.

KEKERAPAN tindak balas alahan terhadap vaksin Covid-19 oleh Pfizer adalah lebih tinggi daripada yang dijangkakan berbanding vaksin lain, kata Dr. Moncef Slaoui, ketua penasihat saintifik Operation Warp Speed Sabtu lalu. 

Tambahnya lagi, terdapat enam kes yang telah dilaporkan.ketika kali terakhir beliau dimaklumkan tentang tindak balas alahan terhadap vaksin tersebut pada Selasa lepas.

Sloai juga mengakui bahawa data immunisasi koronavirus agak ketinggalan berbanding jumlah yang sebenar. 

“Jumlah kes (tindak balas alahan) setakat semalam adalah lebih tinggi daripada yang dijangkakan bagi vaksin lain,” katanya.

Katanya terdapat perbincangan di antara pembekal vaksin dan Institut Kesihatan Nasional bagi mempertimbangkan keputusan menjalankan ujian percubaan klinikal vaksin Covid 19 bagi kelompok yang mengalami tindak balas alahan seperti orang yang terpaksa membawa EpiPen (ubat alahan) bersama mereka sepanjang masa. 

Katanya lagi ujian percubaan ini dapat memahami kadar tindak balas alahan dan apa yang mencetuskannya. – CNN, 24 Disember, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen