10 pesakit Covid-19 maut kebakaran di hospital Turki


Polis mengepung kawasan di depan Hospital Universiti Sanko selepas 10 pesakit Covid-19, maut dalam kebakaran semalam. – Gambar AFP, 20 Disember, 2020.

SEKURANG-KURANGNYA sepuluh pesakit koronavirus maut pada Sabtu selepas berlaku letupan tangki oksigen yang mencetuskan kebakaran di sebuah hospital di tenggara Turki, kata kementerian kesihatan.

Kebakaran di wad rawatan intensif hospital di Gaziantep meletus apabila tangki alat pernafasan buatan meletup.

“Kami sangat sedih dengan tragedi ini,” kata Menteri Kesihatan Turki Fahrettin Koca sebelum lawatan ke hospital.

Semua mangsa adalah pesakit yang dimasukkan ke hospital dengan koronavirus. Pesakit lain yang terbabit disebabkan kebakaran dipindahkan ke hospital lain.

Gambar di media tempatan menunjukkan wad itu musnah sepenuhnya oleh api dengan katil hangus.

Turki mencatatkan lebih 1.9 juta kes Covid-19 dan lebih 17,600 kematian sejak wabak itu bermula setahun lalu.

Menghadapi lonjakan kes, Turki memperketatkan sekatan pada akhir November dengan perintah berkurung sepenuhnya pada hujung minggu. – AFP, 20 Disember, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen