PKPD di penjara Seremban dilanjutkan


Keputusan melanjutkan PKPD di penjar Seremban dibuat berikutan nasihat Kementerian Kesihatan selepas kes Covid-19 terus meningkat. – Gambar fail The Malaysian Insight, 7 Disember, 2020.

PUTRAJAYA melanjutkan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) di penjara Seremban, termasuk kawasannya, selama 14 hari lagi hingga 21 Disember, kata Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ismail Sabri berkata keputusan itu dibuat berikutan nasihat Kementerian Kesihatan selepas kes Covid-19 terus meningkat.

“Sehingga 4 Disember, kementerian sudah menguji 1,582 individu dan mengesan 964 kes positif yang melibatkan tahanan dan kakitangan penjara.

“Masih ada 182 sampel sedang diproses,” katanya.

PKPD di penjara Seremban dijadualkan berakhir hari ini.

Sementara itu, Ismail Sabri mengumumkan berakhirnyaPKPD di Kampung Sabah Baru, Lahad Datu di Sabah.

PKPD di kawasan ini berkuat kuasa pada 10 November dan dilanjutkan sehingga hari ini.

Sehingga kini, kementerian sudah memeriksa 2,054 individu dan merekodkan 382 kes Covid-19.

“Semua sampel sudah diuji. Oleh itu, kerajaan bersetuju menarik balik PKPD di Kampung Lahad Datu,” katanya. – 7 Disember, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen