Speaker kata tak nampak isyarat jari tengah


Zaim Ibrahim Chan Kok Leong Aminah Farid

Speaker Azhar Azizan Harun berkata beliau tidak dapat melihatnya secara jelas dan video yang tular dan melalui kamera litar tertutup.– Gambar fail The Malaysian Insight, 2 Disember, 2020.

DEWAN Rakyat tidak dapat mengesahkan sama ada benar seorang timbalan menteri menunjukkan isyarakat lucah sewaktu ahli Parlimen bertikam lidah dalam insiden berlaku semalam.

Speaker Azhar Azizan Harun berkata, perkara itu tidak dapat disahkan kerana tidak dapat melihatnya secara jelas dan video yang tular dan melalui kamera litar tertutup (CCTV).

Timbalan menteri tersebut Willie Mongin juga menafikan beliau menunjukkan isyarat jari tengah sewaktu perbahasan tersebut, kata Azhar di Dewan Rakyat hari ini.

“Sejujurnya saya tak nampak apa yang terjadi sebab saya ada masalah penglihatan minggu ini.

“Malam tadi saya minta penjelasan lanjut daripada Timbalan Menteri, beliau nafikan sekeras-kerasnya buat perkara itu.

“Kemudian saya melihat video yang tular, banyak kali malah secara gerak perlahan. Saya tidak dapat pastikan sama ada ia benar benar berlaku atau tidak,” kata.

Beliau berkata demikian ketika diminta penjelasan oleh Khoo Poay Tiong (PH- Kota Melaka) tentang insiden menunjukkan jari tengah oleh Willie Mongin semalam.

Khoo Poay kemudian menawarkan untuk menunjukkan satu video yang lebih jelas dan Azhar seterusnya menjemput ahli Parlimen itu menunjukkan video tersebut di pejabatnya.

Azhar seterusnya meminta mana-mana ahli Parlimen yang masih tidak berpuas hati boleh memfailkan usul kepada jawatankuasa berkaitan. – 2 Disember, 2020.

MENYUSUL


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen