Turki kecam Charlie Hebdo sasar Erdorgan


Turki kecam majalah mingguan Perancis, Charlie Hebdo kerana menerbitkan karikatur memualkan yang dikatakan oleh Presiden Recep Tayyip Erdogan. – Gambar EPA, 28 Oktober, 2020.

TURKI mengecam majalah mingguan Perancis, Charlie Hebdo kerana menerbitkan “karikatur memualkan” yang dikatakan oleh Presiden Recep Tayyip Erdogan, lapor Agensi Anadolu.

“Charlie Hebdo baru-baru ini menerbitkan satu siri kartun penuh dengan gambar-gambar hina, kononnya adalah Presiden kita. Kami mengecam usaha paling menjijikkan oleh penerbitan ini yang bertujuan menyebarkan perkauman dan kebencian budaya,” kata jurucakap presiden Fahrettin Altun di Twitter.

Sambil menekankan pendirian Turki yang menentang kekerasan dan tindakan keganasan terhadap orang awam, beliau berkata: “Kami tidak akan berdiam diri dalam menghadapi serangan menjijikkan terhadap budaya dan agama kami tanpa mengira dari mana asalnya.”

“Kami menyeru semua rakan dan masyarakat Eropah yang berfikiran waras untuk menentang budaya perkauman tidak bertamadun ini, keganasan intelektual, dan pemikiran tidak beradab,” katanya.

Mengutuk penerbitan mingguan itu, jurucakap presiden Turki Ibrahim Kalin berkata menyerang hak individu bukanlah humor atau kebebasan bersuara.

“Tujuan penerbitan ini, dengan mengenepikan moral dan kesopanan, adalah untuk menyemai benih kebencian dan permusuhan,” tulisnya di Twitter.

Sambil menegaskan, mengubah kebebasan bersuara menjadi permusuhan terhadap agama dan kepercayaan adalah hasil daripada mentaliti yang sakit, Kalin berkata setiap orang yang memiliki akal waras harus mengutuk penerbitan keji ini. – Bernama, 28 Oktober, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen