Rakyat Pulau Pinang tidak derita di bawah pentadbiran DAP, kata Wan Ji 


Pegawai Penerangan Pulau Pinang Wan Ji Wan Hussin menjawab dakwaan yang dibuat Presiden PAS Hadi Awang terhadap kerajaan negeri Pulau Pinang menerusi satu artikel yang disiarkan Berita Harian. – Gambar Youtube, 16 Disember, 2017.

PEGAWAI Penerangan Pulau Pinang Wan Ji Wan Hussin hari ini menyelar Presiden PAS Abdul Hadi Awang kerana membuat tuduhan palsu terhadap negeri di bawah DAP itu. 

Penceramah terkenal itu juga turut menolak dakwaan Hadi bahawa rakyat di Pulau Pinang menderita di bawah pentadbiran DAP. 

“Ketika rakyat Pulau Pinang sedang menerima bantuan banjir dari kerajaan Negeri sebanyak RM700, Kenyataan Presiden PAS itu membuktikan bahawa dakwaan bahawa rakyat Pulau Pinang sedang keperitan adalah amat jelas bahawa beliau sedang berbohong,” kata Wan Ji dalam satu kenyataan hari ini. 

Beliau mengulas mengenai artikel yang disiarkan Berita Harian bertajuh “Derita bawah naungan DAP”, yang melaporkan serangan Hadi ke atas DAP, pemimpin veterannya Lim Kit Siang dan kerajaan Pulau Pinang. 

Hadi menyelar Lim kerana bercita-cita menjadi perdana menteri, satu tuduhan yang sering diulang Barisan Nasional dan pihak lain yang anti-DAP. 

Hadi dilaporkan berkata ia bertentangan dengan Islam, agama persekutuan, untuk Lim bercita-cita sedemikian, sambil menambah bahawa hanya Islam boleh berlaku adil kepada semua.

Beliau berkata ini tidak seperti PAS yang meletakkan keutamaan untuk mengekalkan kepimpinan Islam di negara ini. 

Hadi terus menuduh DAP gagal untuk menjadi sebuah “negeri bersih” dan menyebabkan rakyatnya mengalami keperitan. DAP menerajui kerajaan Pakatan Harapan di Pulau Pinang  

“Saya kira, Presiden PAS dalam membuat kenyataan, bahawa beliau bukan sekadar perlu memikirkan tidak membuat tuduhan jahat dan dusta berkenaan kerajaan.

“Malahan perlu berfikir bagaimana dia mahu menjawab hadapan Allah atas dakwaan palsu beliau itu di akhirat nanti,” kata Wan Ji.

Bekas ahli PAS, yang menjadi ketua biro Islam Pemuda PKR berkata, sekiraya Hadi tidak terpengaruh dengan “propaganda Umno dan BN”, beliau pasti mengakui pembangunan Islam di Pulau Pinang jauh melebihi negeri lain. 

Wan Ji berkata, kerajaan negeri sudah meningkatkan peruntukan untuk pembangunan hal ehwal Islam setiap tahun. 

“Ajaibnya, presiden PAS tidak pula menyerang MCA yang apabila kerajaan negeri menaikkan bajet untuk hal ehwal Islam, pihak MCA selalu menuduh kerajaan negeri dengan pelbagai tuduhan seperti anti-Cina.

Wan Ji berkata, Pulau Pinang juga tidak pernah menghalang mana-mana penceramah agama untuk menyampaikan ceramah, khutbah dan ucapan di masjid dan surau di negeri itu, bahkan Hadi sekalipun.

Katanya, ramai pendakwah PAS masih bebas untuk bercakap di masjid dan surau di Pulau Pinang, walaupun ucapan mereka kadang kala mengandungi tuduhan pasu dan fitnah terhadap kerajaan negeri.

Parti Islam itu memutuskan hubungan dengan DAP sejak pertikaian politik pada 2015.

Cuma, sikap yang ditetapkan oleh pihak kerajaan agar sebarang ceramah tersebut tidak membawa sebarang elemen permusuhan, fitnah dan merosakkan Imej Islam.

Tidak seperti mana di beberapa buah Negeri di Malaysia, Pulau Pinang tidak senaraikan nama-nama penceramah agama yang terkenal dari dihalang berdakwah di Pulau Pinang.

“Malahan sebarang guru dari Aliran Asya’irah juga dibenarkan seperti Ustaz Shahul Hamid yang sejak sekian lama berdakwah di Pulau Pinang,” kata Wan Ji merujuk kepada pendakwah yang sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi dengan menggesa umat Islam memboikot serbuk kari yang dikeluarkan oleh penganut Hindu dan umat Islam tidak boleh memotong rambut dengan bukan Islam.

Katanya, Pulau Pinang turut menganugerahkan lebih 10 orang tokoh pendakwah sebagai Tokoh Ma’al Hijrah baru-baru ini. – 16 Disember, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen


  • kau yelah tak derita..sebab ko suka jilat dap tu..cuba tengok berapa banyak penempatan melayu kena tutup,...itu gembira ke???

    Dimuat naik 6 tahun yang lalu oleh Amera amani · Ulasan