Kluster Utama meningkat kepada 132 orang, kebanyakannya warga asing


Ragananthini Vethasalam

Suasana lengang di sekitar pusat membeli-belah 1Utama di Petaling Jaya yang ditutup sehingga 16 Oktober untuk proses pembasmian kuman dan pembersihan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 15 Oktober, 2020.

KLUSTER Utama yang melibatkan pusat membeli-belah 1Utama di Petaling Jaya kini mencatatkan 132 jangkitan Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham berkata Jabatan Kesihatan mengesan 105 kes baharu yang mana 107 adalah warganegara asing dan 25 merupakan warganegara.

Sebanyak 132 kes positif terdiri daripada 87 pengawal keselamatan, 18 kakitangan pembersihan dan 16 pekerja pusat membeli-belah, enam pengunjung dan lima ahli keluarga salah seorang daripada kes positif tersebut.

Indeks pesakit kluster ini adalah pengawal keselamatan pusat membeli-belah berkenaan yang merupakan warga Nepal berusia 28 tahun.

Dia diuji positif pada 8 Oktober selepas mengalami gegala demam, batuk dan selsema.

Noor Hisham berkata kementerian sebelum ini mengesyaki satu lagi kes positif sebagai pesakit indeks sehingga siasatan lanjut mendapat pengawal keselamatan warga Nepal itu mengalami gegala lebih awal sejak 22 September.

Pusat membeli-belah berkenaan ditutup sehingga 16 Oktober untuk proses pembasmian kuman dan pembersihan sementara pengesanan kontak terus dilakukan. β€“ 15 Oktober, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen