Jumlah jangkitan baharu Covid-19 kekal tinggi dengan 489 kes


Aminah Farid

Sabah sekali lagi merekodkan jumlah kes tertinggi dengan 282, diikut dengan Kedah (153) dan Selangor (20).– Gambar fail The Malaysian Insight, 7 Oktober, 2020.

MALAYSIA merekodkan 489 kes jangkitan baharu Covid-19 hari ini yang mana kebanyakannya berpunca dari Sabah, Kedah dan Selangor, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Tiada kematian dilaporkan hari ini namun jumlah pesakit dirawat di unit rawatan rapi meningkat kepada 40 orang, 13 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sabah sekali lagi merekodkan jumlah kes tertinggi dengan 282, diikut dengan Kedah (153) dan Selangor (20).

Peningkatan kes di Sabah dan Selangor turut menyebabkan empat kawasan - Sandakan, Papar, Tuaran dan Klang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula 9 Oktober.

Daripada jumlah kes baharu yang dilaporkan hari ini, 487 adalah penularan tempatan.

Jumlah kes baharu hari juga turut menjadikan jumlah kumulatif kes kepada 13,993.

Jumlah kes aktif kini 3,351 dan jumlah kematian keseluruhan kekal 141.

Daripada 489 kes, 15 merupakan individu yang baru pulang dari Sabah.

Sementara itu, dua kes import adalah dari India dan Maldives.

Setakat tengah hari ini, 74 kes pulih direkodkan.

Jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya daripada Covid-19 adalah 10,501 atau 75.0% daripada kes keseluruhan. – 7 Oktober, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen