Pengundi muda jadi kebimbangan menjelang PRU14


Ooi Choong Han

Walaupun bilangan belia yang hadir pada himpunan Bersih ramai, terdapat kebimbangan mereka semakin cenderung bersikap tidak ambil peduli terhadap tanggungjawab sebagai pengundi. – Gambar EPA, 15 Disember, 2017.

KEMPEN nasional sebuah kumpulan pertubuhan sivil yang mensasarkan pendaftaran pengundi belia mendapat sambutan suam-suam kuku, sementara seorang ahli Parlimen pembangkang mengakui kebimbangan terhadap golongan belia hari ini yang mungkin tidak lagi bersemangat untuk mengundi bagi perubahan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Pengarah Eksekutif Watan, Masjaliza Hamzah berkata respons terhadap kempen pendaftaran pengundi mereka tidak begitu baik dengan hanya kira-kira 2,000 pengundi baru didaftarkan setiap bulan, secara purata, di reruai (booth) di pusat membeli-belah, pasar malam dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2).

“Sejak Ogos, kami hanya mendaftarkan 2,000 orang sebulan. Majoritinya adalah daripada sasaran khalayak kami, yang berumur 30 tahun ke bawah.

“Bilangannya sangat sedikit jika anda melihat jumlah yang tidak berdaftar untuk mengundi bagi golongan di bawah umur 30 tahun,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Kumpulan umur di bawah 30 tahun adalah dua pertiga daripada 3,703,360 yang merupakan pengundi tidak berdaftar tetapi layak di negara ini.

Daripada jumlah itu, sebanyak 2,426,228 berumur antara 21 hingga 30 tahun, sebagaimana dipetik Merdeka Centre daripada statistik daftar pemilik suku kedua 2017 Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Azalina Othman Said juga baru-baru ini berkata, 1,974,746 pengundi baharu mendaftar antara 2013 sehingga Jun tahun ini, sementara Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar menganggarkan kira-kira 6 juta pengundi muda akan mengundi.

Masjaliza berkata, Watan juga menggalakkan orang muda mendaftar sebagai pengundi baharu di pejabat pos terdekat dan pejabat SPR.

“Tetapi tidak ada cara untuk mengukur berapa ramai daripada mereka melakukannya disebabkan kempen dalam talian kami.

“Kami hanya boleh mengatakan video kami yang menampilkan selebriti yang menggalakkan belia mendaftar sebagai pengundi merekodkan jumlah penonton seramai 19,000 di laman Facebook kami. Itu sahaja petunjuk yang kami ada,” katanya.

Bagi video itu, Watan mendapatkan bantuan beberapa tokoh media berpengaruh, termasuk selebriti Remy Ishak, Daphne Iking, Altimet, Sasha Saidin, Patrick Teoh dan Fatiya Latiff; aktivis sosial Marina Mahathir; dan Jinnyboy bagi menggalakkan golongan muda mendaftar.

Sikap tidak peduli

Kumpulan umur 21 hingga 30 tahun adalah remaja atau golongan dewasa muda ketika “tsunami politik” pada PRU12 pada 2008 merampas majoriti dua pertiga Barisan Nasional (BN) di Dewan Rakyat.

Pemerhati mengatakan kumpulan pengundi ini cukup besar untuk mempengaruhi keputusan pilihan raya umum jika mereka memilih untuk melaksanakan tugas sebagai pengundi dalam pilihan raya akan datang.

Terdapat kebimbangan sekarang sama ada kumpulan ini mengamalkan “lain kali lah” berbanding sikap “ini kali lah” ketika pembangkang berusaha menawan Putrajaya di bawah Pakatan Harapan (PH) baru.

“Ini kali lah” menjadi slogan popular bagi penyokong pembangkang dalam PRU 2013 tetapi tidak lagi apabila BN berjaya mengekalkan kerajaan persekutuan, walaupun memenangi 47% undi popular kepada 52% pihak pembangkang.

Apa yang dibimbangkan adalah golongan belia semakin bersikap tidak peduli kerana tidak menyedari tentang politik Malaysia dan isu-isu negara seperti kos sara hidup yang tinggi dan rasuah.

“Saya fikir, orang muda ada kesedaran politik tinggi. Tinjauan Merdeka Center-Watan mendapati 70% orang muda tidak berminat dengan politik, namun dua isu utama sekarang ini yang menarik perhatian mereka adalah inflasi dan rasuah.

“Kami dapati 57% daripada mereka merasakan negara ini menuju ke arah yang salah.

“Jadi, ya, mereka ada pendapat sendiri berkaitan hal yang memberi kesan kepada mereka. Walaupun jika 75% merasakan politik itu rumit dan 71% bersetuju yang mereka tiada pengaruh terhadap apa yang dilakukan oleh kerajaan,” tambahnya.

Masjaliza berkata sikap pengundi muda tidak boleh dijangka kerana susah untuk mengenal pasti kecenderungan politik mereka.

“Tak tepat untuk simpulkan yang pengundi muda akan mengundi untuk perubahan,” katanya, menjadikan pilihan raya di Britain dan Perancis baru-baru ini sebagai contoh.

“Sementara undi orang muda progresif memainkan faktor besar dalam pilihan raya di UK sehingga memberi kemenangan kepada Parti Buruh diketuai Jeremy Corbyn dan mengurangkan jurang antara partinya dengan parti Konservatif, namun, lain pula di Perancis apabila calon populis berhaluan kanan Marine Le Pen menarik pengundi muda sebanyak 34% yang berumur antara 18 hingga 24 tahun.”

Kajian oleh Institut Darul Ehsan (IDE) yang diterbitkan Ogos lalu mendapati dua pertiga pengundi berumur 21 dan 30 tahun masih belum menentukan pihak mana yang akan mereka undi dalam PRU akan datang.

Kesedaran politik tinggi, namun tidak dapat dijangka

Masjaliza berkata golongan belia bukan tidak kisah dengan politik Malaysia, terutamanya isu berkaitan inflasi dan rasuah.

“Saya fikir, orang muda ada kesedaran politik tinggi. Tinjauan Merdeka Center-Watan mendapati 70% orang muda tidak berminat dengan politik, namun dua isu utama sekarang ini yang menarik perhatian mereka adalah isu inflasi dan rasuah.

“Kami dapati 57% daripada mereka merasakan negara ini menuju ke arah jalan yang salah.

“Jadi, ya, mereka ada pendapat mereka sendiri berkaitan hal yang memberi kesan kepada mereka. Walaupun jika 75% merasakan politik itu rumit dan 71% bersetuju yang mereka tidak ada kelayakan untuk bercakap mengenai apa yang dibuat kerajaan,” tambahnya.

Bagaimanapun, Masjaliza berkata sikap pengundi muda tidak boleh dijangka kerana susah untuk mengenal pasti pandangan politik mereka.

“Tak tepat untuk simpulkan yang pengundi muda akan mengundi untuk perubahan,” katanya, memetik pilihan raya terkini di Britain dan Perancis sebagai contoh.

“Sementara undi orang muda progresif memainkan faktor besar dalam pilihanraya di UK sehingga memenangkan Parti Buruh diketuai Jeremy Corbyn dan menjarakkan jurang antara partinya dengan parti Konservatif, namun, lain pula di Perancis apabila calon populis berhaluan kanan Marine Le Pen menarik pengundi muda sebanyak 34% yang mana umur mereka antara 18 hingga 24 tahun.”

Kajian oleh Institut Darul Ehsan (IDE) yang diterbitkan Ogos lalu mendapati dua pertiga pengundi berumur 21 dan 30 tahun masih belum menentukan puak mana yang akan mereka undi dalam PRU akan datang.

Tidak ambil iktibar daripada sejarah

Ahli Parlimen DAP Kluang Liew Chin Tong adalah antara mereka yang merasakan kebanyakan belia hari ini kurang memberi perhatian kepada politik.

Malah, partinya sendiri yang popular dikalangan pengundi Cina tidak berapa yakin untuk memperoleh lebih banyak sokongan daripada kumpulan berumur 21 hingga 30 tahun.

Pengarah pendidikan politik DAP itu berkata, senario sudah berubah, tidak seperti dahulu di mana pengundi mudalah yang paling inginkan perubahan dalam PRU.

“Sebelum ini, pengundi muda bersungguh untuk mengundi malah mengingatkan ibu bapa mereka mengundi untuk perubahan. Sekarang, sudah terbalik. Ibu bapa yang memaksa mereka mendaftar sebagai mengundi.

“Tetapi golongan beliau tak peduli sebab mereka rasa tiada harapan. Mereka lebih rela fokus mendapatkan wang atau bekerja di Singapura. Banyak kes seperti ini di kawasan Parlimen saya,” katanya.

Liew juga berkata walaupun DAP masih parti pembangkang dalam Dewan rakyat, namun ia kini dilihat golongan muda Cina sebagai parti “establishment.”

Tambahnya, pengundi berusia 30 hingga 50 tahun dan ke atas berpengetahuan luas mengenai pelbagai isu malah masih ingat beberapa skandal semasa PRU 2008 dan 2013.

Tetapi bagi yang lahir pada tahun 90-an tidak mempunyai kelebihan sejarah ini dan berkongsi pandangan yang sama, katanya.

“Kumpulan orang muda ini membesar ketika Lim Guan Eng dikenali sebagai pemimpin utama. Mereka tidak nampak sewaktu beliau dipenjarakan,” katanya merujuk kepada setiausaha agung DAP yang kini menjadi ketua menteri Pulau Pinang.

“Ada yang tidak sedar DAP masih parti pembangkang. Mereka layan kita seolah-olah kita ini sudah ditampuk kuasa. Ini cabarannya.”

Bagi golongan muda Melayu, Liew berkata, rasa tidak selesa timbul kerana meningkatnya kos sara hidup dan masalah rasuah.

Katanya, kumpulan Melayu ini mengangkat Pengerusi PH Dr Mahathir Mohamad sebagai idola baru.

“Ketika membesar, mereka lihat Pak Lah (perdana menteri kelima, Abdullah Ahmad Badawi) sebagai pemimpin yang selalu tidur. Mereka lihat Perdana Menteri Najib Razak pula sebagai seorang yang korup.

“Mereka tidak pernah lihat Dr Mahathir pada zamannya yang teruk. Bagi mereka, beliau adalah negarawan, seorang tokoh bapa yang mengkritik kerajaan. Imej Dr Mahathir sebagai anti-establishment juga menarik minat, membolehkan beliau memperoleh sokongan mereka.”

Penganalisis Lim Hong Siang bimbang walaupun golongan belia Melayu tidak gembira dan kecewa dengan politik negara, mereka mungkin tidak akan keluar mengundi.

“Sejak lima hingga 10 tahun lalu, semua parti politik memuntahkan kepada rakyat dengan pelbagai benda mengarut sehingga orang muda menyampah dan kecewa.

“Mereka luahkan kemarahan mereka dengan cara lain. Mereka tidak percaya mengundi boleh mengubah apa-apa. Bagi mereka, politik ialah bergaduh sesama sendiri, dan ahli politik pula bercakap benda mengarut,” katanya.– 15 Disember, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen