Greece lapor kematian pertama Covid-19 di kem pelarian


Lebih 240 pencari suaka yang dipindahkan ke kem sementara di kepulauan Lesbos, Greece selepas kebakaran di kem Moria awal bulan ini disahkan positif Covid-19. – Gambar EPA, 28 September, 2020.

PIHAK berkuasa Greece semalam lapor kematian pertama akibat Covid-19 di kem pelarian di Athens.

Mangsa merupakan pelarian dari Afghanistan berusia 61 tahun, yang tinggal di kem Malakassa. Bapa dua anak itu meninggal dunia ketika dirawat di sebuah hospital di Athens.

Kem Malakassa dan dua lagi kem, Schisto dan Elaionas, dikuarantin pada awal September susulan peningkatan kes Covid-19 dalam kalangan pelarian pencari suaka di Greece.

Di kepulauan Lesbos, lebih 240 pencari suaka yang dipindahkan ke kem sementara selepas kebakaran di kem Moria awal bulan ini disahkan positif Covid-19.

Pihak berkuasa Greece semalam lapor 218 kes baharu dan tiga kematian, termasuk seorang di kem pelarian.

Sehingga kini, seramai 379 orang maut akibat virus itu di Greece. – AFP, 28 September, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen