PBS masih bersama Perikatan, nafi sertai Warisan Plus


PBS menegaskan ia tetap menjadi sekutu GRS, yang menang 38 kerusi dan PBS tujuh. – Gambar fail The Malaysian Insight, 27 September, 2020.

PARTI Bersatu Sabah (PBS) menafikan dakwaan media sosial yang ia meninggalkan Barisan Nasional (BN) untuk bergabung dengan Warisan Plus untuk membentuk kerajaan negeri yang baharu, kata Joniston Bankuai.

Dalam satu kenyataan, ketua penerangan PBS berkata ia tetap menjadi sekutu Gabungan Rakyat Sabah (GRS), yang menang 38 kerusi dan PBS tujuh.

“PBS dengan tegas menyangkal dakwaan bahawa ia bergabung dengan Warisan Plus untuk membentuk kerajaan.”

“PBS, sebagai rakan setara dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS), tetap teguh dengan sekutunya - Perikatan Nasional (PN) dan BN,” kata Joniston.

Wartawan veteran itu mengekalkan kerusi Kiulu selepas mengalahkan Ketua Upko Madius Tangau.

Spekulasi mengenai pendirian PBS muncul selepas ketidakpastian mengenai ketua menteri Sabah seterusnya.

Walaupun kerjasama dengan BN menjadi spekulasi selepas kempen tidak selesa antara BN dan PN.

Ketua PN Muhyiddin Yassin berkata ketua Bersatu Hajiji Noor adalah pilihannya sementara BN memilih Bung Moktar Radin sebagai ketua negeri.

Dalam pilihan raya semalam, parti dalam GRS menang 38 kerusi, yang membolehkan mereka membentuk kerajaan dengan majoriti mudah.

Saingan terdekat mereka, gabungan Warisan Plus, menang 30 kerusi, dengan parti komponen DAP dan Upko masing-masing menang enam dan satu kerusi, sementara PKR merebut dua kerusi.

Ini memberi mereka 32 kerusi secara keseluruhannya. Bebas menang tiga kerusi.

GRS terdiri daripada PN yang menang 17 kerusi, BN (14) dan PBS (7). – 27 September, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen