Retorik perkauman meningkat dalam kempen PRN Sabah


Sheridan Mahavera

Kempen perkauman terhadap Warisan Plus akan memberi kesan terhadap undi dalam PRN Sabah pada 26 September ini. – Gambar fail The Malaysian Insight, 24 September, 2020.

SATU video yang tersebar luas menunjukkan ketua menteri sementara Mohd Shafie Apdal bercakap dalam bahasa sukunya, Bajau Suluk mencerminkan arus perkauman yang akan memandu undi di Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah hujung mingu ini.

Penganalisis dan rakyat Sabah yang ditemu bual The Malaysian Insight mendedahkan bahawa kempen perkauman terhadap Warisan Plus akan memberi kesan terhadap undi pada 26 September ini, terutama dalam kalangan masyarakat Kadazandusun Murut di kawasan pedalaman, yang menjadi blok pengundi penting di sekurang-kurangnya 26 daripada 73 kerusi.

Dalam video itu, Shafie yang mengetuai gabungan Warisan Plus, berhujah pentadbirannya tidak dikawal oleh parti dari semenanjung, PKR dan DAP.

Shafie berkata Warisan Plus ada kebebasan sepenuhnya untuk mentadbir dan ia banyak membantu rakyat Sabah termasuk mereka daripada kumpulan sub etnik Bajau Suluk, iaitu keturunannya.

Pesaing Warisan mengambil ucapan Shafie itu dan berkata ia membuktikan pentadbiran Shafie memberikan jawatan kepada masyarakat Bajau Suluk di Semporna.

Video itu menukar slogan kempen Warisan – “Sabah untuk rakyat Sabah” kepada “Sabah untuk rakyat Semporna”.

Bagi pengundi Sabah, Semporna dikaitkan dengan Suluk dari Filipina dan kehadiran mereka jadi isu hangat di rantau itu di mana sejumlah besar populasi kaum itu dikatakan pendatang tanpa izin.

Warisan bimbang masyarakat itu dieksploitasi oleh Barisan-Perikatan Nasional Sabah pada PRN kali ini untuk menyingkirkan gabungan itu.

Pakar politik Dr Firdausi Suffian menyamakan label “Warisan-Suluk” yang bertujuan mencemarkan kempen itu sama seperti kempen terhadap DAP dalam politik semenanjung.

Di semenanjung, kempen terhadap Pakatan Harapan termasuk mencemari DAP sebagai “anti Islam, anti Melayu dan komunis”.

“Persamaannya di Sabah ialah Warisan pro Suluk, pro pendatang haram,” kata Firdaus dari Universiti Teknologi Mara Sabah (UiTM Sabah). – 24 September, 2020.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen