Pemberontak Yaman serang Saudi, lima cedera


Sejak 2015, konflik terus berlaku di Yaman menyebabkan puluhan ribu orang,  terbunuh dan jutaan lagi menjadi pelarian, ia disifatkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai bencana kemanusiaan terburuk di dunia. – Gambar EPA, 20 September, 2020.

LIMA orang awam tercedera selepas sebuah kampung di wilayah Jizan, Arab Saudi diserang tembakan peluru berpandu pemberontak Huthi Yaman.

Kesemua mangsa dikejarkan ke hospital selepas mengalami cedera ringan, lapor Agensi Saudi Press.

Tiga kereta juga didapati musnah di desa berhampiran sempadan itu, kata laporan tersebut.

Puak pemberontak Huthi yang didukung kerajaan Iran masih belum memberikan kenyataan berhubung serangan tersebut.

Pemberontak dari minoriti Syiah di Yaman meningkatkan serangan peluru berpandu dan dron ke atas Arab Saudi sejak beberapa bulan kebelakangan ini, serang disasarkan di wilayah sempadan selatan Arab Saudi, Riyadh.

Gabungan ketenteraan yang dipimpin Arab Saudi, melancarkan serangan ke atas Huthi sejak lima tahun lalu.

Kerajaan Sunni Arab Saudi berulang kali menuduh Syiah Iran membekalkan senjata canggih kepada Huthi, namun tuduhan tersebut dinafikan Tehran.

Dibantu kuasa Barat termasuk Amerika Syarikat, gabungan ketenteraan dipimpin Arab Saudi telah berjuang untuk menggulingkan kumpulan militan Huthi, yang dianggap pakar dalam taktik gerila.

Sejak 2015, konflik terus berlaku di Yaman menyebabkan puluhan ribu orang,  terbunuh dan jutaan lagi menjadi pelarian, ia disifatkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai bencana kemanusiaan terburuk di dunia. – AFP, 20 September, 2020.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen