LAPAN tentera Yaman terbunuh dan beberapa orang lagi cedera dalam serangan peluru berpandu oleh pemberontak Huthi di markas tentera di wilayah Marib, kata pihak tentera pada Rabu.
Sejak beberapa bulan lalu, pemberontak yang disokong Iran telah mendahului tentera kerajaan di Marib, yang terletak di timur Sanaa.
Kawasan berkenaan ditawan pemberontak pada 2014 ketika bermulanya konflik di Yaman.
“Huthi melepaskan dua peluru berpandu balistik—satu ke ibu pejabat tentera di wilayah Marib dan satu lagi di kem tentera, kata pihak tentera kepada AFP.
Ketua turus tentera Jeneral Saghir Aziz terselamat dalam serangan itu, namun anak lelakinya yang berpangkat kapten dan beberapa yang lain terbunuh dalam serangan di ibu pejabat tentera, kata sumber.
Pada 18 Januari, serangan peluru berpandu oleh Huthi menyebabkan 118 orang terkorban dan puluhan lagi cedera di sebuah masjid di kem tentera di Marib.
Kumpulan Huthi menguasai kawasan utara wilayah Al-Jawf awal tahun ini—satu gerakan strategik yang bermakna kini mereka mengancam wilayah Marib yang merupakan pengeluar minyak. – AFP, 27 Mei, 2020.
Komen