Wakil Pemuda kecewa tentera siber PAS tak pertahan Khairuddin


Mohd Farhan Darwis

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Mohd Khairuddin Aman Razali dikecam teruk di media sosial kerana melanggar perintah kuarantin. – Gambar fail The Malaysian Insight, 12 September, 2020.

PERWAKILAN Muktamar Pemuda PAS membangkitkan kelemahan prestasi tentera siber PAS yang digelar Mujahid Siber kerana tidak bertindak ketika pemimpin mereka diserang dalam talian.

Wakil Pemuda PAS dari Kuala Krau, Abu Anas membangkitkan serangan ke atas Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Mohd Khairuddin Aman Razali di media sosial.

Ia ekoran tindakan menteri itu yang tidak menjalani kuarantin wajib untuk mencegah Covid-19 selepas pulang dari luar negara.

Wakil tersebut yang berucap dalam Muktamar Pemuda PAS berkata, pencapaian Mujahid Siber pada waktu itu rendah – yang menurut sukatan beliau hanya pada kadar 12.5% sahaja.

“Menteri perladangan kita teruk kena hentam dalam Twitter, tapi (pencapaian) Mujahid Siber hanya 12.5% sahaja, saya faham rendah.

“Mungkin pencapaiannya hanya 12.5% sebabkan kita tak mampu lawan perkara di Twitter,” katanya.

Kelemahan itu mengakibatkan seolah-olah tentera siber PAS sudah tewas kepada tentera siber daripada DAP dan Amanah, katanya dalam ucapan yang disiar langsung di Facebook.

“Saya tanya (anggota jawatankuasa) kawasan mana Mujahid Siber. Kita ada fakta itu tapi tak keluarkan gambar kartun seperti geng sana, seolah-olah kita dah tewas.

“Tapi bila rujuk Twitter Pemuda PAS (jumlah pengikut) melebihi daripada DAP, Amanah. Begitu juga di Facebook dan Instagram,” katanya.

Beliau seterusnya meminta sayap Pemuda PAS melatih tentera siber mereka kerana terdapat beberapa isu yang tidak disambut Mujahid Siber dengan baik untuk menyerang pihak lawan.

“Apakah tindakan daripada Pemuda untuk lahirkan mujahid siber yang dapat melawan perkara ini.

“Contohnya kes air di Selangor, kita tidak ada serangan kepada exco yang mentadbir kilang haram. Baru-baru baru ini istana panggil menteri besar.

“Rupa-rupanya sultan sudah lama minta diselesaikan, tapi dalam Twitter kita tak serang DAP dan kerajaan Selangor,” katanya.

Mujahid Siber juga katanya dilihat gagal mengambil kesempatan daripada isu untuk diketengahkan seperti dalam isu bekalan air yang tergendala minggu lalu.

“Nak jadi tentera siber tak perlu buat fitnah tapi nyatakan benda yang benar… Ini seolah-olah isu air di Selangor (pun) kita tak mampu ambil kesempatan,” katanya dalam

Ucapan itu kemudian mendorong seorang lagi perwakilan menyarankan agar s

Sejurus itu, perwakilan Pemuda PAS dari Pandan Mohd Atiq meminta ketetapan daripada persidangan muktamar untuk menghentikan siaran langsung persidangan,

Beliau bimbang terdapat perkara yang dibangkitkan merupakan strategi kerahsiaan parti.

“Nak minta ketetapan mesyuarat, dalam ucapan timbalan presiden tadi bila mana ditanya strategi dan rahsia beliau kata rahsia.

“Dilihat perjalanan kita disiarkan secara umum di TV PAS dan laman Facebook Pemuda PAS, ada sahabat bentang jumlah tentera siber, ini kerahsiaan.

“Kita buka siaran langsung untuk mereka perwakilan yang tak dapat datang.

“Bila bincang strategi keberadaan kita di media sosial orang luar tahu perkara itu, jadi tidak perlu kita siarkan secara langsung,” katanya.

Siaran langsung muktamar kemudiannya ditamatkan dan bersambung semula untuk menyiarkan ucapan Presiden PAS Abdul Hadi Awang kepada perwakilan Pemuda PAS. – 12 September, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen