45 kes baharu Covid-19, 24 pesakit pulih


Ragananthini Vethasalam

MALAYSIA mencatatkan 45 kes baharu Covid-19 setakat tengah hari ini dengan hanya satu kes import, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Ini menjadikan jumlah jangkitan nasional 9,628 sementara kes aktif berjumlah 333.

Dari 44 kes penularan tempatan yang dilaporkan hari ini, 11 melibatkan warganegara.

Kluster Benteng Lahad Datu menyumbang 40 kes melibatkan 33 warga asing.

Selebihnya empat kes dikesan di Kedah di mana kluster Telaga menyaksikan dua kes baharu sementara sat ukes berkaitan dengan kluster Sungai.

Kes lain dikesan melalui pemeriksaan pesakit simptomatik di Klinik Kesihatan Simpang Kuala.

Pesakit telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah.

Sementara itu 24 pesakit pulih dalam tempoh 24 jam terakhir.

Dengan ini jumlah pesakit pulih seramai 9,167 orang.

Angka kematian kekal 128 orang.

Seramai sembilan pesakit kini ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) di mana lima daripadanya memerlukan alat sokongan pernafasan. – 10 September, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen