Raja-Raja Melayu dukacita dengan Dr Mahathir, kata Sultan Selangor


Sultan Sharafuddin merujuk tindakan Mahathir yang kini menentang parti Umno, walhal parti itu memberi kuasa kepadanya menjadi perdana menteri untuk sekian lama. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 10 Disember, 2017.

SULTAN Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah, baginda berasa dukacita dengan tindakan Dr Mahathir Mohamad yang kini memimpin Pakatan Harapan.

Sultan Sharafuddin merujuk tindakan Dr Mahathir yang menentang Umno, walhal parti itu memberi kuasa kepadanya menjadi perdana menteri paling lama dalam sejarah Malaysia.

The Star melaporkan, Sultan Sharafuddin bertitah, kesemua sembilan orang Raja-Raja Melayu turut berdukacita dengan Dr Mahathir semenjak bekas perdana menteri itu kembali aktif dalam politik.

“Untuk membina nama baik sangat sukar, untuk memusnahkannya sangat senang. Dr Mahathir berada di sana selama 22 tahun, bukan atas usahanya sendiri.

“Parti yang meletakkannya di sana dan kini dia mahu musnahkan parti.

“Dia fikir (tempoh pentadbiran selama) 22 tahu itu cukup besar. Dia tidak mahu ada perdana menteri lain yang lebih baik dan dia cuba menekan mereka. Sebab itu saya kata dia ada (sindrom) inferiority complex,” titah baginda seperti dilaporkan The Star.

Dalam wawancara dengan akhbar berbahasa Inggeris itu, baginda membangkitkan mengenai kemurkaan apabila negarawan itu mengaitkan Perdana Menteri Najib Razak dengan keturunan “lanun Bugis”.

Baginda menjelaskan, kenyataan balasnya ke atas Dr Mahathir hanya dibuat selepas tiga minggu, selepas mendapat pandangan pelbagai pihak.

“Saya sedang dalam perjalanan menunaikan umrah apabila diberitahu mengenai kenyataan itu.

“Saya tidak bertindak membuta-tuli. Saya tunggu hingga kembali dan bercakap dengan pelbagai pihak yang ada di sana dan tahu apa sebenarnya yang berlaku.

“Saya hanya bercakap selepas itu,” kata Sultan Sharafuddin yang berketurunan Bugis.

Baginda merujuk kenyataan Dr Mahathir yang pada 14 October yang menimbulkan persoalan sekiranya Najib berasal dari keturunan “lanun Bugis”.

Kenyataan itu meraih pelbagai kecaman, termasuk Dewan Diraja Selangor yang menuntut agar polis menyiasat Dr Mahathir bawah Akta Hasutan kerana menimbulkan kebencian ke atas keturunan Bugis, selain masyarakat Bugis termasuklah Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla.

Dalam wawancara tersebut, Sultan Sharafuddin juga menjelaskan bahawa titahnya itu bukanlah satu tindakan balas dendam, atas tindakan Dr Mahathir yang meminda perlembagaan untuk mengehadkan kuasa Raja-Raja Melayu pada tahun 1980-an.

Sebaliknya, ia bagi menunjukkan bahawa baginda masih belum dapat melupakan rasa tersinggung oleh Raja-Raja Melayu akibat tindakan itu.

“Semua akhbar menghentam kami. Saya sangat dukacita, saya bertanya ayahanda saya, kenapa kita tidak boleh bertindak balas?

Saya tidak pasti mengenai Raja-Raja Melayu lain, tetapi ayahanda saya kata jangan, kita tidak boleh dedahkan apa yang dia buat pada kita, jadi kami berdiam diri,” titahnya.

Mengenang kembali pesanan tersebut, Sultan Sharifuddin berkata ayahandanya berpesan: “Hari ini hari dia, esok hari kita”.

Bagaimanapun, Dr Mahathir mengulangi beliau tidak pernah menghina komuniti Bugis dan kenyataannya itu hanya ditujukan kepada Najib kerana mencuri dana milik rakyat Malaysia.

– 10 Disember, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen


  • ampun tuanku...komen tuanku sangat tidak sesuai dengan permasaalahan negara ketika rakyat dibebani kos sara hidup..kerja takdak...brg mahal..duit jatuh..satu komen tuanku mengenai rakyat pun x penah jumpak..sepatutnya tuanku bertitah atas kapasiti rakyat bukan terhadap individu.. alasan tun m tidak mahu org lain hebat adalah amatur dan kebudak budakan..menunjukkan ketidakpekaan terhadap rakyat..yelah..makan minum semua x payah fikir..nk undi sapa x payah fikir..elok lah tuanku bermuhasabah atau boleh saja bertanding menjadi calun pru nanti.ampun tuanku.

    Dimuat naik 8 tahun yang lalu oleh Khairi anne · Ulasan

    • Ko tak perlu beri nasihat kpd Tuanku yg mempunyai penasihat sebelum baginda bertitah. Ko kata tisda pekerjaan sedangkan berjuta rakyat asing datang bekerja di sini. Tak perlu nak berlakon maksum sangat. Teguran baginda Sultan disebab Mahathir sudah melampau batas dalam tindak tanduk beliau

      Dimuat naik 8 tahun yang lalu oleh Megat Panjialam · Ulasan

  • ampun tuanku...jika tuanku hebat..masuklah bertanding atas calon bn..insyaallah..tuanku akan kalah bertanding sebab dah dua penggal selangor pembangkang perintah disebabkan celiknya rakyat selangor ttg kecurangam umno dan bn...patik harap sangat tuanku menjadi calun dan sudah pasti patik adalh org yg tidak akan mengundi tuanku.insyallah.

    Dimuat naik 8 tahun yang lalu oleh Khairi anne · Ulasan

  • Ampun Tuanku. PRU semakin dekat, rakyat sekelian amat harap gelanggang utk lawan antara ahli2 politik adakah rata , seimbang dan adil. Ampun Tuanku.

    Dimuat naik 8 tahun yang lalu oleh Tanahair Ku · Ulasan

  • kalau komen yg pedas2 nanti kena tangkap la pulak.

    Dimuat naik 8 tahun yang lalu oleh Mohd yusoff Alias · Ulasan

  • Di harap bulan yang penuh suci ini, dapat lah kira nya kedua dua pehak, Raja-Raja dan pemimpin PH melupakan segala yang telah berlalu demi kebaikkan rakyat dan negara ini.
    Raja perlu di hormati sebagai Raja , dan Tun M pun juga perlu di horamti sebagai pemimpin yang dipilh
    rakyat demi kebaikkan negara tercinta ini.

    Dimuat naik 8 tahun yang lalu oleh Abdul Rahmanramli · Ulasan

  • Assalammualaikum
    YANG MULIA ...

    KuDoakan Semoga RAHMAT ALLAH SWT
    dan KASIH SAYANG ALLAH SWT Senantiasa
    Bersinar Selalu Ke Atas TUANKU SEKELUARGA .

    ikhlas dari saya :-

    Facebook : GALERI BROTHER KAY KAJANG.
    0126594187 ABK KUALA LUMPUR.

    https://www.facebook.com/Galeri-Brother-KAY-Kajang-429323143888647/?ref=hl

    Dimuat naik 7 tahun yang lalu oleh ABK KUALA LUMPUR · Ulasan

  • Ampun tuanku,, a few (several)letter send to your palace, the agung palace as accorded by islam as you are the head of the state also have not been answerewd. i am dukacita also as a malay and muslim towards your mufti and palace staff? any comment on that and all the malay that wrote letter to their king? ampun tuanku..

    Dimuat naik 7 tahun yang lalu oleh Mohd fauzi ismail · Ulasan