Qantas rancang kurangkan 2,500 pekerja


Syarikat penerbangan nasional Australia, Qantas mengumumkan pengurangan 2,500 pekerjaan kerana merancang untuk menggunakan sumber luar dalam pengendalian perkhidmatan darat di lapangan terbang utama Australia. – Gambar EPA, 25 Ogos, 2020.

SYARIKAT penerbangan nasional Australia, Qantas hari ini mengumumkan pengurangan 2,500 pekerjaan kerana merancang untuk menggunakan sumber luar dalam pengendalian perkhidmatan darat di lapangan terbang utama Australia, lapor agensi berita Xinhua.

Qantas berkata pihaknya bercadang mengambil khidmat sumber luar untuk menjalankan operasi di darat, termasuk pengendalian bagasi, pembersihan pesawat dan pemandu bas, yang akan menjejaskan keseluruhan 2,500 pekerjaan.

Pada Jun syarikat penerbangan itu telahpun mengurangkan 6,000 pekerjaan dalam usahanya mengurangkan kos ekoran Covid-19.

Ia berkata pengumuman terbaharu itu disusuli kerugian sebanyak AUD 2.7 bilion (US$1.94 bilion) untuk kumpulan TK20, dan penurunan pendapatan sebanyak AUD4 bilion (US$2.87 bilion) pada separuh kedua disebabkan krisis Covid-19 dan sekatan berkaitan sempadan.

“Kami telah mengambil tindakan drastik, dengan lebih daripada 220 pesawat tidak bergerak, sebahagian besar tenaga kerja kami berhenti dan aset digadaikan untuk mengumpul wang tunai,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Qantas Domestic, Andrew David.

“Ketika ini, keupayaan domestik kita berada pada 20 peratus daripada tahap pra-Covid dan perjalanan antarabangsa dijangka mengambil masa bertahun-tahun untuk pulih.”

Beliau berkata dengan mengambil sumber luar khususnya untuk tugasan di darat dapat menjimatkan sekitar AUD100 juta (US$71.72 juta) setiap tahun.

Syarikat penerbangan itu akan berbincang dengan pekerja dan kesatuan sekerja mengenai rancangan itu. – Bernama, 25 Ogos, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen