Ekonomi negara lebih teruk dari krisis 1998


Pelaksanaan PKP bagi membendung penularan Covid-19 mengakibatkan ekonomi negara menguncup sebanyak 17.1% – Gambar fail The Malaysian Insight, 14 Ogos, 2020.

EKONOMI Malaysia menguncup 17.1% dalam suku kedua 2020, penyusutan dua angka bagi suku yang terburuk sejak 1998 berikutan pelaksanaan perintah kawalan tidak dijangkakan bagi membendung penularan Covid-19 dan menyaksikan ekonomi hampir tidak bergerak.

Pada suku keempat 1998, Malaysia mencatatkan penyusutan dua angka sebanyak 11.2% dan pada suku kedua 2019, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mencecah 4.9 peratus.

Bagi suku ini, semua sektor-sektor perkhidmatan, perlombongan dan kuari dan pembinaan masing-masing susut 16.2%, 18.3%, 20% dan 44.5%, kata Ketua Perangkawan Malaysia Mohd Uzir Mahidin said today.

Sektor pertanian bagaimanapun mencatatkan pertumbuhan sebanyak 1.0%.

Susulan pertumbuhan kecil sebanyak 0.7% bagi suku pertama tahun ini, KDNK bagi separuh pertama mencecah -8.3% berbanding 4.7% dalam separuh pertama tahun lepas, kata beliau pada sidang media, hari ini.

Hadir sama, Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Nor Shamsiah Mohd Yunus.

Di peringkat serantau, Singapura mencatatkan penyusutan KDNK sebanyak 12.6% manakala Filipina menguncup 16.5% dan Indonesia susut pada 5.3%.

Malaysia melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac, 2020 yang menyaksikan ekonomi beroperasi pada kapasiti sebanyak 45%.

Ini disusuli dengan PKP Bersyarat (PKPB) pada 4 Mei dan seterusnya PKP Pemulihan pada 10 Jun-31 Ogos, 2020 yang membawa kepada pembukaan semula ekonomi secara  beransur-ansur.

Mengulas perkara itu, Nor Shamsiah berkata campur tangan agresif yang dilaksanakan oleh kerajaan membolehkan pemulihan ekonomi secara lebih pantas.

Menurutnya, BNM menyemak semula unjuran pertumbuhan KDNK 2020 kepada -3.4 hingga -5.5% daripada -2 hingga 0.5% sebelum ini berikutan anggaran awal itu berdasarkan tempoh PKP selama empat minggu berbanding tujuh minggu.

Ekonomi juga dijangka pulih dan mencatatkan pertumbuhan sebanyak 5.5% kepada 8% pada 2021.

Unjuran pertumbuhan lebih baik dalam separuh kedua 2020 dan 2021 adalah berdasarkan kepada peningkatan berterusan persekitaran luaran, normalisasi aktiviti ekonomi secara beransur-ansur dan keadaan pasaran tenaga kerja, projek-projek pelaburan baharu, permintaan terhadap produk-produk teknologi dan penjagaan kesihatan serta pengembangan dalam kapasiti pengeluaran berkaitan komoditi. – Bernama, 14 Ogos, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen