SYARIKAT penerbangan Mongolia, MIAT pada Khamis memberikan sijil tiket percuma seumur hidup kepada ibu dan bayi perempuan kembar yang lahir pada pertengahan bulan lalu, lapor agensi berita Xinhua.
Kembar itu dilahirkan dalam penerbangan sewa khas dari Istanbul, Turki ke Ulan Bator pada 9 Julai. Mereka dilahirkan dua bulan lebih awal.
Bayi dan ibu mereka berusia 42 tahun dalam keadaan sihat.
Ia kali pertama dalam sejarah penerbangan awam Mongolia seorang wanita bersalin ketika menaiki penerbangan antarabangsa, menurut MIAT. – Bernama, 13 Ogos, 2020.
Komen