Iran sedia bantu Lubnan selepas letupan Beirut 


Presiden Iran Hassan Rouhani turut memaklumkan rakan sejawatnya di Lubnan mengenai bantuan yang akan disalurkan.– Gambar EPA, 5 Ogos, 2020.

PRESIDEN Iran Hassan Rouhani pada Rabu menawarkan bantuan perubatan kepada Lubnan selepas insiden letupan besar di Pelabuhan Beirut.

“Tehran sedia menyalurkan bantuan perubatan dan merawat mangsa yang cedera serta bantuan lain,” kata Rouhani dalam satu mesej kepada rakan sejawatnya di Lubnan, menurut laman web kerajaan.

Rouhani turut berharap punca kejadian dapat ditemukan dan keadaan kembali aman secepat mungkin di Beirut.

Pertubuhan Palang Merah Lubnan berkata letupa itu menyebabkan 100 orang terbunuh manakala lebih 4,000 lagi cedera.

Letupan itu dipercayai berpunca daripada kebakaran 2,750 tan ammonium nitrat yang dibiarkan tanpa jagaan di sebuah gudang pelabuhan berkenaan.

Ketua Pertubuhan Palang Merah Iran, Karim Hemmati dalam satu kenyataan berkata pihaknya akan menghantar sembilan tan bantuan makanan dan perubatan ke Lubnan.

Tambahnya, Iran juga akan menyediakan hospital sementara di Lubnan yang dilengkap peralatan dan pasukan perubatan. – AFP, 5 Ogos, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen