Jumlah kematian letupan Beirut meningkat kepada 100


Anggota bomba memadamkan kebakaran sejurus selepas letupan besar yang mengorbankan 100 orang di Pelabuhan Beirut, Lubnan.– Gambar EPA, 5 Ogos, 2020.

KETUA Setiausaha Palang Merah Lubnan pada Rabu berkata mangsa letupan di Pelabuhan Beirut pada Selasa meningkat kepada 100 orang dan lebih 4,000 lagi cedera, lapor Agensi Anadolu.

Dalam kenyataan yang disiarkan di televisyen Lubnan, LBC, George Kettaneh berkata hospital-hospital Beirut tidak lagi mampu menampung jumlah korban yang semakin meningkat.

Beliau menambah jumlah korban meningkat kepada 100 dan lebih 4,000 cedera, dengan sebahagiannya masih berada di bawah runtuhan. – Bernama, 5 Ogos, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen