Ketibaan pelancong asing ke Indonesia menurun pada Jun 


Agensi Pusat Statistik Indonesia pada Isnin mengumumkan jumlah kedatangan pelancong asing menurun sebanyak 2.06 peratus kepada 160,300 orang pada Jun. – Gambar EPA, 3 Ogos, 2020.

JUMLAH pelancong asing yang mengunjungi Indonesia mengalami penurunan pada Jun disebabkan  penularan wabak Covid-19 yang masih melanda, lapor agensi berita Xinhua.

Agensi Pusat Statistik pada Isnin mengumumkan jumlah kedatangan pelancong asing menurun sebanyak 2.06 peratus kepada 160,300 orang pada Jun. 

“Kesan pandemik pada sektor pelancongan sangat mendalam,” kata ketua agensi itu, Kecuk Suhariyanto pada sidang media.

Menurut agensi itu, pada Mei kedatangan pelancong asing meningkat 3.10 peratus kepada 163,650 orang. – Bernama, 3 Ogos, 2020.
 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen